Nov 5, 2013

Salam Maal Hijrah dan Salam Perubahan

Kalau dulu kat PASUM, pantang ada public holiday mesti kaki aku tak duduk diam dalam bilik. Nak berjalan je kerjanya. Tak kisahlah pergi Mid Valley ke, Shah Alam ke, main ice skating kat Sunway ke. Kadang asal dapat keluar makan luar dari kawasan UM pun jadilah.
Yang pasti aku memang tak lekat dalam bilik. Hahaha.


Sekarang duduk kat Ipoh, lain ceritanya. Pantang ada cuti : MESTI MELEKAT KAT RUMAH. Hahaha.
Selagi boleh duduk rumah, aku memang nak balik rumah. Kalau kelas habis awal, satu rumah memang kerjanya nak balik rumah cepat-cepat. Cari kedai makan untuk beli makanan, pastu pecut balik rumah. Kalau dah malas sangat, masak nasi dengan sardin kat rumah je. Kalau lagi malas? Balik terus terjun katil. Akulah tu muahaha.


Hari ini Awal Muharam.


Dari pukul 10 pagi sampai sekarang, aku duduk tegak menghadap buku Malaysian Studies. Esok exam punya hal. Tangan pula kejap-kejap capai air. Kejap-kejap capai biskut. Kejap-kejap capai jelly dalam storage box. Tapi punggung tak beralih dari kerusi. Punyalah malas.


Ada baiknya aku duduk jauh dari segala jenis public transport dan shopping mall. Takdelah duit mengalir macam air. Pastu balik kolej buntu sebab nak makan pun dah tak cukup duit hahaha (sebab tu kat PASUM dulu aku kurus lol)


Aku tengah cuba perlahan-lahan nak get rid of my shophaholic trait. Perlahan-lahan. Biar lambat asalkan matlamat tercapai :)


Bukan shophaholic je. Semua benda pun aku perlu perbetulkan perlahan-lahan. Macam yang kawan baik aku si Dilla pernah kata : "I need to find my old self back. The better me."


Sebab sebenarnya, selama ini apa yang buat adalah salah. Aku berubah seperti ini - Seperti hari ini, lebih banyak disebabkan aku cuba untuk jadi macam dia. Cuba untuk jadi orang yang pandai macam dia. Tegas macam dia. Mesra macam dia. Baik macam dia. Penyayang macam dia. Disukai ramai macam dia. Berkepimpinan macam dia. Telus macam dia.


Even sampai ke India dia pergi pun, aku masih nak kejar supaya dapat belajar di sana sama macam dia.
Dia yang aku tak pernah sebutkan nama dalam blog ini.


Kalau dulu mungkin perasaan suka pada dia yang buatkan aku cuba ubah diri aku jadi lebih baik, hari ini aku rasa tidak lagi. Hari ini, perasaan suka itu mungkin lebih kepada kagum. Lebih kepada aku cuba nak contohi dia. Lebih kepada aku kagum kepada seseorang yang dah jadi macam navigation aku.


Apa saja jenis kebaikan yang dia buat : Aku tapis, kutip dan cuba contohi.
Apa saja jenis keburukan yang dia buat : Aku nilai dan cuba belajar cara untuk jadikannya positif.


Kalau dulu dia orang yang aku suka, hari ini dia orang yang aku admire. Kalau dulu dia impian, sekarang dia pedoman.


**********


Ada baiknya juga kau punya perasaan suka kepada seseorang. Dalam usaha kau cuba kejar supaya dia nampak kau, secara tak langsung kau dah memajukan diri kau sendiri. Secara tak langsung, kau berubah jadi lebih baik berbanding dulu. Tanpa kau sedar jugak sebenarnya masa dan usia akan buatkan kau sedar : Banyak mana perasaan suka kepada seseorang bukan segala-galanya. Tapi sejauh mana kau dewasa dengan perasaan itu. Dan sejauh mana kau dah melangkah walaupun sebenarnya kau tak sedar.


Semua yang mendewasakan kau boleh jadi disebabkan oleh perasaan suka kepada seseorang yang kau pernah kenal.


Simple je kan?


Tapi dari situ kau perlu kawal diri kau. Sebab lebih banyak perubahan negative yang kau boleh dapat melalui perasaan suka kepada seseorang. Kau nak dia nampak kau - Jadi kau hanyut dengan perasaan tu. Kau boleh buat banyak benda bodoh hanya disebabkan kau nak tunjuk pada dia yang kau suka dia.
Kalau dia balas perasaan kau, lagi parah. Maka jadilah seperti kebanyakan budak-budak yang kita nampak. Jaja kisah di You Tube. Tayang mesra depan public tanpa rasa malu. Lebih teruk, sanggup buang mak ayah sendiri semata-mata nak menangkan buah hati kesukaan.


Nauzubillah.


Mesej utama aku bukanlah untuk menyeru manusia untuk sukakan seseorang semata-mata nak dapatkan inspirasi atau hala tuju. Bila kau berniat untuk berubah kerana SEORANG MANUSIA, kau akan jatuh semangat bila dia tinggalkan kau satu hari nanti. Bukan itu mesej aku.


Mesej aku ialah, perasaan suka kepada seseorang sebenarnya boleh bantu kau mendewasakan diri - kalau kau pandai gunakan dan kawal perasaan itu. Dan bila kau dah cukup dewasa dan belajar, perlahan-lahan kau akan sedar - bila kau mampu berubah sebegitu banyak semata kerana seseorang yang kau suka, bayangkan berapa banyak perubahan yang kau boleh lakukan pada diri kau bila yang kau suka dan kau sayang itu ialah Allah.


:)


Sebab bila kau dah dewasa, kau dah pandai untuk bezakan mana baik dan mana buruk. Mana kekal dan mana sementara. Mungkin perasaan suka itu masih ada, tapi kali ini kau bukan ubah diri kau kerana dia. Kau ubah diri kau kerana kau mahu jadi yang terbaik untuk diri kau. Untuk Dia, yang Maha Menyayangi dan yang berkuasa bagi petunjuk melalui cara yang paling tak tersangka oleh kau.


Sebab cara Dia beri jalan itu unik. Tak terduga. Siapa sangka hanya kerana sukakan seseorang, kau mampu jumpa jalan untuk kembali pada Dia. Mungkin Dia akan hilangkan perasaan suka itu, tapi yang pasti Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Siapa tahu mungkin kau juga pernah jadi inspirasi kepada seseorang untuk berubah, kan?



Perasaan suka dan sayang itu fitrah.
Tapi jangan jadikan itu sebagai alasan kau nak menghalalkan maksiat hati. Yang haram tetap haram.


Selagi boleh cuba elak - Elak lah.


Sebab itu perasaan suka atau sayang sebaiknya disimpan je dalam hati. Jangan diheboh. Doa je pada Dia. Dia tahu apa yang terbaik :)


Jadi untuk itu, aku nak berterima kasih kepada dia yang aku pernah suka. Mungkin masih suka tapi tak apa. Perlahan-lahan, kan?


Salam dari aku yang pernah buat banyak kesilapan sepanjang 19 tahun merantau bumi Allah dan tulis semula kisah ini untuk dijadikan pedoman supaya orang-orang yang pernah alami nasib sama seperti aku akan lebih kuat untuk mencari Dia.


Salam Maal Hijrah.
Dari aku yang tengah fikir nak makan apa untuk lunch.
Hihi :)

No comments: