Nov 3, 2013

Ucap Sayang

Assalamualaikum. Hai.


Haritu tiba-tiba Obie random tanya aku. "Kau selalu tak tunjukkan perasaan sayang kat parents kau?"


Aku tengah makan biskut masa tu. Aku angguk. "Aku tak cakap face to face. Peluk cium pun tak. Tapi aku tunjuk je dari random action."


"Contoh?"


"Kalau ayah aku masak untuk anak-anak, aku makan depan dia sungguh-sungguh. Kalau mak aku buangkan sampah bilik aku, aku gosokkan baju dia. Benda-benda simple camtu je. Tak semestinya kena cakap baru nak tunjuk yang kita sayang dorang."


"Yelah, tapi malu kot. Aku nak cakap I love you dalam phone boleh lah. Depan-depan awkward gila."


Aku senyum je. Boleh kata hampir semua anak-anak sebenarnya ada masalah malu nak cakap pada parents yang kita sayang mereka. Alah aku pun sama.


Dalam blogpost, Twitter ke Pesbuk ke senang je nak tulis 'I love you mom and dad' tapi kalau kat rumah susah jugak. Dengan kawan ke, boipren (which I don't have haha) ke, gelpren ke, senang je nak cakap I love you. Siap berjanji sehidup semati susah senang bersama lagi.



Tapi mak ayah?
Krik krik krik.



**********



Aku ada terfikir jugak.


Sebenarnya yang buat kita rasa malu atau rasa tak perlu nak luahkan sayang kita pada mak ayah adalah : Kita tau dan yakin yang mak ayah takkan tinggalkan kita.



Tak kira apa kita buat, mak ayah ialah manusia yang paling menerima kita dalam apa keadaan sekalipun. Kita anak-anak ni tau yang mak ayah takkan tinggalkan atau tikam belakang atau khianati kepercayaan kita pada mereka.


Sebab tu kita rasa perkataan "Saya sayang mak dan ayah" tu tak perlu.



Tapi lain bila dengan kawan atau boipren atau gelpren.


Senang je nak sebut perkataan "Aku sayang kau weh".
Sebab kita takut dorang took step away daripada kita. Yelah cuba kau bayangkan boipren gelpren yang tak pernah cakap perkataan sayang. Mestilah bosan ye tak? Haha.



Entah aku tak tau sangat bab-bab ni. Aku tak merujuk pada sesiapa. Ini berdasarkan apa yang aku selalu dengar dan baca lah. Yelah hidup kan berdasarkan pengalaman orang jugak. Kita kutip - Kita belajar.


Hati kawan kita jaga. Kita susun kemas-kemas biar tak tersakitkan mereka. Tapi hati mak ayah? :(


Sebab itulah aku cuba mengingatkan diri aku, dan diri orang lain yang aku kenal juga. Jangan malu untuk tunjuk/cakap yang kita sayangkan mak ayah kita. Biar kita muka tembok dengan mak ayah. Biar tiba-tiba mak ayah pening tengok pe'el lain macam kita. Tak apa.


Dengan orang yang berpotensi tinggalkan kita masa susah dan lupakan kita - Kita cakap sayang.


Tapi dengan orang yang sentiasa ada untuk kita, sentiasa tak berkira duit dan harta, sentiasa sokong kita, sentiasa doakan kita dalam sembahyang - Kita malu cakap sayang.


Atau lebih teruk, tak sayang langsung.


**********


Jadi marilah kita beramai-ramai tunjuk dan cakap rasa cinta kasih kita pada mak ayah. Tunjuk, walaupun sikit yang kita berterima kasih kepada mereka.


Sebelum mak ayah pergi selamanya dan ucap sayang itu kita boleh layarkan pada angin saja :(

No comments: