Dec 11, 2013

Kepercayaan

Apa yang buat dinding dan tembok yang ada depan aku makin tebal dan tinggi asingkan perasaan aku yang sebenar-benarnya daripada orang lain?


Pengkhianatan terhadap kepercayaan.


Lenyap persefahaman.


Tiada toleransi dan empati.


Semakin ramai manusia yang aku kenal, semakin aku hilang tuju kepada siapa aku nak bercerita tentang sisi yang agak dalam.


Sebab aku belajar dengan cara yang pedih untuk sedar hakikat ini.


Bila aku bercerita - Dibocorkannya rahsia.
Bila aku sengaja nak meluahkan - Dinilai. Dilabel. Tak difahami.
Bila setiap kali aku selak sikit warna hati yang aku simpan sendiri kepada orang yang aku fikir boleh berkongsi cerita dengan aku - Hati aku ditutup dan direjam remuk.


Setiap kali aku rendahkan dinding perlindungan yang aku bina hasil belajar dari 19 tahun kehidupan, makin dalam lubang kosong yang aku dapat. Makin ronyok kepercayaan aku pada manusia untuk aku berkongsi cerita dan bertanya pendapat. Makin tinggi dan tebal dinding yang aku bina.


Manusia yang aku kenal baik-baik rata-ratanya.
Perasaan sayang pada mereka itu memang ada.
Banyak. Dalam.


Tapi untuk aku izinkan mereka masuk dan jengah sisi kelam dan masa silam aku, mungkin tidak lagi.


Biar aku kekal jadi introvert.
Biar aku duduk dalam lingkungan perasaan sendiri.
Biar aku lap air mata yang turun dengan tangan sendiri.


Biar saja aku gelak besar dengan lawak hambar dan senyum manis depan mereka. Biar aku ada untuk mereka yang perlukan tangan, bahu dan hati aku.


Tapi biar semua cerita sedih aku, aku sorang yang dengar.



* * * *


Waktu aku tulis post ini, aku tengah depressed.


Baring atas sofa kat ruang tamu sorang-sorang, selubung badan dengan selimut dan menangis senyap-senyap. Tak tau apa sebabnya. Tapi yelah, manusia kan. Kadang-kadang bila banyak sangat simpan perkara yang menyedihkan, tak elok jugak.


Aku tak berapa nak ingat kenapa aku depressed masa tu.
Rasanya sebab aku stress nak study untuk exam. Pastu adalah tambah-tambah sikit dengan masalah lain.


Jadi bila dah macam tu, even benda kecik pun boleh buat emosi aku exponentially melonjak naik dan merudum turun. Imbalance hormone kata kau.


Biasalah tu.
Ada pasang surutnya.


Apa-apa pun sekarang aku dah senyum balik :)

Dec 10, 2013

Obses

Sejak aku mula layan Hunger Games Trilogy bulan Julai lepas, aku macam obses sikit sebab aku habiskan tiga buah buku dalam masa empat hari je.


Lepas Catching Fire keluar wayang 21 November haritu, hari pertama premiere aku dah cabut langkah tengok kat Aeon Kinta. Balik rumah ulang baca buku Catching Fire and Mockingjay untuk second round.


Tak cukup dengan tu, saka hantu tocang masuk dalam badan pulak.
Setiap kali balik kelas mesti cabut tudung pastu tatap cermin lama-lama sambil dandan rambut ala-ala Katniss Everdeen.






Alhamdulillah, debat haritu aku menang. Lepas dua tahun berkarat lidah boleh jugak aku buka mulut heh heh. Syukur jumpa Azwa, Aus dan Rieza. Rasa macam tercampak zaman form five balik :')


Tengok. Kau tengok.
Tak bermelankoli ingat benda lama memang bukan aku.


Khamis dan Jumaat ni aku exam untuk module HIGO. Jumaat mama dan ayah datang sini bawak jalan pergi Bukit Air Hitam Imma happy girl hihi. Tak tersabar nak masuk ICE module moga semangat belajar elevated exponentially and no more amnesia.


Lagi satu, aku berjaya balas "Terima kasih".

Dec 6, 2013

Semoga Selalu Disayangi

Aku buat pembohongan paling besar bilamana aku kata aku sudah lupa.
Sebab mana ada orang akan lupa separuh dari kenangan paling banyak makna dia pernah ada.


Sampai sekarang pun masih lagi 2011 yang aku ulang rakam dalam kepala.


Kalaulah kau tahu.
Ikhlas telus hati kau banyak jadi acuan untuk aku ikut.


Semoga selalu selamat.
Semoga dimudahkan jalan kau untuk terus terangkan hari-hari orang lain.


Semoga kau akan terus jadi pelita kepada orang yang gelap tak jumpa siapa diri sendiri. Sebagaimana aku dulu sebelum nampak kau. Sebagaimana aku dulu yang tak pernah tersangka boleh sayang seorang manusia setelus dan seyakin itu.


Teruskan jadi bintang.
Teruskan pancar cahaya yang kau ada.


Semoga setiap manusia yang sayangkan kau kerana ikhlasnya hati kau akan terus setia ada untuk kau bila tiba masa gelap bagi pusingan kehidupan kau.


Semoga kau sentiasa disayangi.
Kalau tak ramai pun - Seorang Aqila di Malaysia selalu ada.




Dec 4, 2013

Shine Bright






"This world ain't nothing but a temporary place to gain yourself. Shine bright, even if you're the only one who can see the diamond in you. Believe in yourself. Love yourself. Make this worth it."