Dec 11, 2013

Kepercayaan

Apa yang buat dinding dan tembok yang ada depan aku makin tebal dan tinggi asingkan perasaan aku yang sebenar-benarnya daripada orang lain?


Pengkhianatan terhadap kepercayaan.


Lenyap persefahaman.


Tiada toleransi dan empati.


Semakin ramai manusia yang aku kenal, semakin aku hilang tuju kepada siapa aku nak bercerita tentang sisi yang agak dalam.


Sebab aku belajar dengan cara yang pedih untuk sedar hakikat ini.


Bila aku bercerita - Dibocorkannya rahsia.
Bila aku sengaja nak meluahkan - Dinilai. Dilabel. Tak difahami.
Bila setiap kali aku selak sikit warna hati yang aku simpan sendiri kepada orang yang aku fikir boleh berkongsi cerita dengan aku - Hati aku ditutup dan direjam remuk.


Setiap kali aku rendahkan dinding perlindungan yang aku bina hasil belajar dari 19 tahun kehidupan, makin dalam lubang kosong yang aku dapat. Makin ronyok kepercayaan aku pada manusia untuk aku berkongsi cerita dan bertanya pendapat. Makin tinggi dan tebal dinding yang aku bina.


Manusia yang aku kenal baik-baik rata-ratanya.
Perasaan sayang pada mereka itu memang ada.
Banyak. Dalam.


Tapi untuk aku izinkan mereka masuk dan jengah sisi kelam dan masa silam aku, mungkin tidak lagi.


Biar aku kekal jadi introvert.
Biar aku duduk dalam lingkungan perasaan sendiri.
Biar aku lap air mata yang turun dengan tangan sendiri.


Biar saja aku gelak besar dengan lawak hambar dan senyum manis depan mereka. Biar aku ada untuk mereka yang perlukan tangan, bahu dan hati aku.


Tapi biar semua cerita sedih aku, aku sorang yang dengar.



* * * *


Waktu aku tulis post ini, aku tengah depressed.


Baring atas sofa kat ruang tamu sorang-sorang, selubung badan dengan selimut dan menangis senyap-senyap. Tak tau apa sebabnya. Tapi yelah, manusia kan. Kadang-kadang bila banyak sangat simpan perkara yang menyedihkan, tak elok jugak.


Aku tak berapa nak ingat kenapa aku depressed masa tu.
Rasanya sebab aku stress nak study untuk exam. Pastu adalah tambah-tambah sikit dengan masalah lain.


Jadi bila dah macam tu, even benda kecik pun boleh buat emosi aku exponentially melonjak naik dan merudum turun. Imbalance hormone kata kau.


Biasalah tu.
Ada pasang surutnya.


Apa-apa pun sekarang aku dah senyum balik :)

No comments: