Jan 26, 2014

Vlogging And Dancing

Assalamualaikum.


Aku godek-godek akaun You Tube aku.
Tak payah nak tampal link sangat. Video pun takat tiga empat je.


Dulu pernah lah ada niat nak jadi vlogger. Tapi tak kesampaian. 
Jap lagi video kemana, buku kemana, tidur pun kemana.


Walaupun aku ni multitasking orangnya, aku tak buat buat sesuatu secara kelam-kabut dan janji siap. Bila aku mula buat sesuatu, aku kena konsisten. Istiqomah (gitu). Jadi kalau nak focus kepada video making, banyak masa aku akan terbuang sebab aku juga Obsessive Compulsive Disorder orangnya. Aku benci buat benda separuh jalan.


I mean alang-alang dah edit video, biar edit cantik-cantik terus. Bukan setakat asal siap je.
Ada satu video yang aku buat untuk Malaysian Studies assignment dulu. Aku habiskan sepanjang malam untuk edit biar sempurna. Selagi aku rasa tak puas hati selagi itulah aku gigih bersengkang mata edit.






Walhal takdelah profesional mana pun cara aku edit wahaha!


Ada satu lagi video yang aku buat dengan penuh perasaan. That was during my mom's birthday.


I made a small project by spreading the news to my friends that required them to wish my mom a Happy Birthday wish. I've compiled those wishes and put those into one video.


Aku buat video tu sehari sebelum birthday mama. Jadi pagi 21 April tu aku tunjuk pada mama. Tapi ramai jugak yang wish lepas video tu siap jadi tak dapat lah eden nak masukkan sekali :(






Satu lagi video aku buat untuk Adillah Farhana. For her birthday. Dan disebabkan aku nak upload video ni kat kedai makan lah (sebab nak wifi laju) aku dah kehilangan laptop aku. Sedih..



* * * *


I'm working on my dance choreography right now. For performance during our visit to USM KLE India this upcoming April.


Can I just say, dancing is NOT my nature?!
Because I see myself as ugly and awkward in front of the mirror, doing those dances. 
Sad Qila is sad :(





But for the sake of responsibility that they've placed onto me, I'll try to do my best. Walaupun kaki dan tangan aku keras semacam tak rupa sotong langsung. Sendiri menari pun tak pandai nak ajar orang pulak arghh.


Award-winning for The Most Awkward-Twerk-Noobies-Geek Dancing Movement goes to..


Qila Perry Perry


**********


Updated 20 April 2014.


The performance was cancelled! Hip hip hoooorayyyyy!!


Jan 24, 2014

Big Event

Assalamualaikum.


I'm joining a program held by MEDSOC (Medical Society) of UNIKL RCMP which kinda excites me most. When I first heard Rieza announcing it at the lecture hall, I kinda yelled a bit (I think I'm being a monkey that time) and quickly searched for Azwa to give my name.


Guess what? 
I'll be going to India for organizational program this April!


Kenyit mata lelaju.
Hehehe.


For the rest of you who knew my story back then during school years, you'll understand why I got freaked out to go there. I think the word 'freaked out' doesn't match best with me right now. Its more like 'stunned'.


Yeah. Frozen. 
Terpaku sekejap bila aku ingat balik kenapa aku decide untuk pergi India on the first place.


Kali pertama aku bukak website UNIKL dan pilih program perubatan yang twinning dengan India, aku tau sangat kenapa dan bagaimana aku buat keputusan itu. Bila dapat keputusan interview yang mengatakan bahawa aku lulus untuk jadi pelajar perubatan kat situ, aku tambah yakin dan faham dengan minat serta hati aku.


Aku pernah cakap pada mama - "Takpe ke Ila pergi India?"


Mama senyum dan jawab - "Mama tau anak mama cukup pandai untuk bezakan perasaan dan pelajaran. India memang bagus kalau nak buat medic. Yang penting ingat niat asal kamu. Pelajaran dulu, baru perasaan. Mama taknak tengok anak mama kecewa dengan dua-dua perkara tu."


I know. The very first moment when I heard 'orang itu' was going to India to further his medical years, I've set on my mind that I was going to be brave like him. I'm going to India, because he inspired me so much to grab every opportunity that lies in front of me. Like I said before - He's one of my idol. My biggest challenger.


Aku bukan buat cerita Hindustan.
Pilih untuk belajar kat tempat sama dengan orang yang aku suka sejak bertahun-tahun yang lalu.


Aku bukan pilih untuk belajar di India sebab dia.
Aku pilih India sebab - India je pilihan yang aku ada selain Malaysia punnnnn :(


This is because most of the scholarship that offers medical degree at UK or any other country as well are closed for post-matriculation students. Pendek kata, kalau nak buat medic kat UK kena mohon dari lepas SPM terus.


Macam aku. Aku mohon untuk buat medic kat Ireland lepas SPM dulu. Tapi rezeki tak ada, permohonan aku gagal. Jadi aku sambung buat asasi kat UM. Lepas habis asasi, aku carik peluang nak sambung degree kat luar negara dan yang ada cuma India. Aku dapat Mesir (Al-Azhar) juga, tapi ayah tak benarkan aku kesana sebab pergolakan yang masih rancak masa tu.


Maka India lah yang aku pilih.
Dan India jugalah yang Allah rezekikan kepada aku.


Tapi dalam 91% keputusan aku pilih India sebab India itu bagus kalau nak buat medic, tetap berbaki 9% yang aku tau - Memang diinspirasi oleh dia.


Tak kisahlah. Pelajaran dulu, baru perasaan.
Lagipun aku takkan belajar satu tempat dengan dia.
Dia kat Bangalore. Aku pula bakal ke Salem.


Tempat yang berbeza. Negeri juga berbeza.
Walaupun satu negara - Tetap jauh.


Dari dulu sampai sekarang pun memang dia sentiasa jauh walaupun bila ada depan mata aku.



* * * *



Back to my organizational program.
Typical Aqila. Suka melencong cerita!


So basically I'm going to India for my two and a half years of medical degree on 2015, which is next year. Tapi untuk bulan April nanti, aku cuma akan pergi kesana selama seminggu.


Program tu bertempat kat USM KLE, Belgaum. I'm going there with other 23 students.


Yang buat aku jadi madang busy memanjang sekarang ni ialah - Aku in charge untuk performance depan students USM KLE nanti. Sekarang dah bulan satu. Bulan tiga nanti dah sibuk dengan revision untuk final exam. Jadi aku kena siapkan idea kasar untuk persembahan secepat mungkin.


Cadangnya nak buat dikir barat dan tarian je. Tapi itulah. Tangan aku yang keras semacam ni kena dilembutkan dulu sebelum nak ajar orang lain.


Kena pulak partner aku untuk design persembahan nanti ialah orang yang housemates aku sibuk matching-kan dengan aku :(


Nak taip nama dia pun aku rasa kekok semacam. Ini semua Obie, Kinah dan Miera punya angkara. Kaki mix and match. Tak memasal aku dah rasa awkward nak cakap dengan dia. Sejak budak bertiga ni tau aku kena buat kerja dengan dia, lagi teruk aku kena bahan. Bertambah dahsyat cerita-cerita hindustan yang dorang reka.


Ini semua memang nak kena gunting mulutnya.


Sekejap je masa berjalan. Sekarang dah CVS Module. Tiga minggu lagi dah masuk Respiratory Module. And then there goes our final exam for Year One.


Takut. Seram. Cuak.
Menggigil semua ada.


Umur memang dah tak panjang.
Apapun Allah dah tentukan semua. Tinggal kena usaha untuk jadi yang terbaik.


InsyaAllah kalau takde aral, 26 April nanti aku akan bertolak ke India.
Tak dapat jumpa 'orang itu', dapan merasa pijak kaki ke tanah sana pun jadilah.

Jan 21, 2014

2014 - Aku Boleh

Assalamualaikum.


Aku busy..


Haha ye aku tau kalau dah namanya student memanglah busy memanjang. Eh tapi mungkinkah selama ini bila aku rasa aku tak busy maknanya aku tak buat apa yang sepatutnya aku buat?!


Tak kisahlah, aku memang kejap rajin kejap malas. Perangai yang tak sepatutnya ada dalam diri budak perubatan (masih lagi rasa kekok nak sebut status tu). Anyway, its been seven months since I'm here at Ipoh!!





2013 dah berakhir. Kinda sad because I'm about to enter my twenty-age-something phase this year. My first year of MBBS will end this March and yeah time really flies. I think I'm about to do many things when I first encountered 2013 but hmm its 2014 bro. In a blink of eyes!


Aku tak sempat nak post apa-apa tentang 2014 aku sebab masa jarum jam berputar ke arah pukul 12 tengah malam 1 Januari 2014, I'm on the bus. On my way to Kelantan to meet my soul sister Adillah Farhana. I went there with Daniel. So basically my new year celebration was me waking up Daniel from sleep and says "Danny, dah new year." and he replied with "Oh, emmm. Ok. Happy New Year." and drove back to sleep. Aku kat kerusi sebelah terkebil-kebil.


Kinda crazy though. Hari pertama 2014 lagi aku dah buat kerja gila pergi balik Kelantan dalam masa satu hari. Kiranya balik harilah. All this because of Dilla. I miss her and I wanna see her life there since I'm no longer by her side to accompany her everyday. Dilla is now at UMK (Universiti Malaysia Kelantan) doing her degree. Deep down, sebenarnya aku rasa bersalah sebab tak tunaikan janji aku untuk sama-sama amik medic dengan dia.


Sebab masa kat PASUM dulu, aku dan Dilla selalu berangan nak sambung degree sama-sama. Selalu berangan nak pakai labcoat dengan stethoscope sambil round hospital dengan penuh bergayanya.


But at the end, I'm alone without her here.


Kadang aku salahkan diri aku sendiri. Aku tak tau nak cakap apa dengan dia lagi. Rasa bersalah, rasa sedih, rasa awkward semua ada. Aku tak tau nak cakap apa-apa tanpa kecilkan hati dia. 


Tapi aku yakin. Ini semua jalan cerita yang Dia dah tetapkan. Dia tau apa yang terbaik untuk Dilla. Untuk aku. Dan dengan itu, aku pergi Kelantan untuk tengok keadaan dia kat sana.


When I saw her - I knew she's happy. Maybe she's healing, but at least she's happy. She got surrounded by many beautiful souls that I believe will help her, will accompany her through thick and thin in her life there. She got so much to laugh at. And the most important part is - She is the same Adillah Farhana that I met three years ago.


I'm glad she's happy. I can't figure out how and why we could become close like this but I guessed Allah knows best. Allah sent her to me, to show me what a real friend will do every time I need her.


Masa aku menangis tak berhenti bila dapat tau 'orang itu' nak pergi India, dia datang bilik aku. Dia baring atas katil tanpa cakap apa-apa dan peluk aku. Dia biar aku menangis puas-puas. Even though she said nothing - That nothing is the best comforting words I ever got from her.


Jadi lepas aku tinggalkan Dilla kat Kelantan dengan hati senang dan fikiran yang lapang, aku balik Ipoh. 
Aku tanamkan pada diri aku - Kalau Dilla boleh teruskan hidup with her shattered pieces of heart, aku pun boleh.


Aku boleh.
Untuk 2014 ini, aku akan sentiasa rakamkan dalam fikiran bahawa aku boleh.


Terima kasih Adillah Farhana. You're one of my inspiration. And you will always be.
I love you. Forever will do.

Jan 15, 2014

Untuk Obie

Aku selalu menulis tentang orang-orang yang rapat dan hampir dengan aku. Dari zaman aku mula-mula menulis blog sampailah sekarang.


Dari zaman berhingus masa sekolah, sampai dah masuk degree. Konon-kononnya dah dewasa sangat lah ni. Padahal kalau tengok perangai hmmm tak nampak macam 20 tahun lagi.


Kat Ipoh sini, roommate aku Obie.
Macam yang aku dah selalu tulis sebelum ini.


Aku selalu pandang Obie senyap-senyap. Sebab bila aku pandang, aku bukan lihat diri dia je. Aku pandang dalam hati dia. Aku pandang Obie dan aku lihat semua sedih yang dia simpan sendiri.


Aku lihat dia yang selalu ketawa terbahak-bahak macam tak pernah kisah apa-apa.


Aku tau. Obie simpan sendiri.


Dan resmi aku, aku takkan buka mulut selagi dia sendiri tak bercakap apa-apa.
Sebab itu bila kadang-kadang Obie buka mulut cerita sesuatu yang aku tak pernah sangka, aku tau - Itulah limit dia.


Dia cuma cerita tentang Running Man, hindustan, kawan-kawan sekolah atau cerita lawak dia. Dia tak suka cakap benda serius dan cuma tau buat lawak kasar. Especially menganjing dan membahan aku -.-


Tapi bila dalam bilik tiba-tiba dia cerita sesuatu yang lain daripada perkara-perkara kat atas, aku tegakkan badan. Aku dengar. Sebab Obie jarang cerita sesuatu yang buat dia sedih. Tapi bila dia buka mulut, aku tau dia dah tak tertahan nak simpan sorang.


Kalau pandang dari luaran, memang dia nampak kasar. Dia nampak macam tak sensitif langsung pasal perasaan orang. Kalau aku tak kenal dia sejak bulan Julai lepas, rasanya aku pun takkan sanggup nak dekat dengan dia. Mulut laju semacam kalau tengah bengang. Pedas berangin semua ada.


Tapi sekarang aku bercakap sebagai kawan yang dah kenal dia hampir tujuh bulan.


Sebab itu bila ada orang kata "Obie tu kasar lah" - Aku sedaya upaya betulkan sentimen kefahaman orang tu. Biar dia tau yang kita tak boleh judge orang berdasarkan luaran. Ataupun berdasarkan personaliti dia.


Semua yang berlaku ada sebab. Ada puncanya. Mungkin bila dia lihat Obie kasar macam tu, dia takkan pernah sangka yang sebenarnya Obie paling kerap terasa hati dengan mulut orang. Dia mungkin takkan pernah tau berapa banyak beban yang Obie pikul sendiri tanpa tunjukkan orang.


Sentimen kefahaman manusia tak pernah selari dengan siapa kita yang sebenarnya.
Sebab itu jugak aku cuba untuk latih diri aku supaya tak judge orang sebelum aku betul-betul kenal dan tau dia siapa.


Aku nak Obie tau, aku akan selalu ada untuk jadi kawan yang serius bila dia juga serius. Aku nak dia tau, aku selalu ada untuk dengar walaupun dia mungkin rasa pemikiran aku tak selari dengan dia. Sebab Obie suka cakap aku ni macam mak-mak orang.


Dan kalau aku mampu, aku sembuhkan.
Luka-luka yang tak nampak dengan mata kasar.


Terima kasih. Jadi motivasi aku untuk lebih positif bila datang apa-apa perkara yang berkaitan dengan manusia.