Jan 24, 2014

Big Event

Assalamualaikum.


I'm joining a program held by MEDSOC (Medical Society) of UNIKL RCMP which kinda excites me most. When I first heard Rieza announcing it at the lecture hall, I kinda yelled a bit (I think I'm being a monkey that time) and quickly searched for Azwa to give my name.


Guess what? 
I'll be going to India for organizational program this April!


Kenyit mata lelaju.
Hehehe.


For the rest of you who knew my story back then during school years, you'll understand why I got freaked out to go there. I think the word 'freaked out' doesn't match best with me right now. Its more like 'stunned'.


Yeah. Frozen. 
Terpaku sekejap bila aku ingat balik kenapa aku decide untuk pergi India on the first place.


Kali pertama aku bukak website UNIKL dan pilih program perubatan yang twinning dengan India, aku tau sangat kenapa dan bagaimana aku buat keputusan itu. Bila dapat keputusan interview yang mengatakan bahawa aku lulus untuk jadi pelajar perubatan kat situ, aku tambah yakin dan faham dengan minat serta hati aku.


Aku pernah cakap pada mama - "Takpe ke Ila pergi India?"


Mama senyum dan jawab - "Mama tau anak mama cukup pandai untuk bezakan perasaan dan pelajaran. India memang bagus kalau nak buat medic. Yang penting ingat niat asal kamu. Pelajaran dulu, baru perasaan. Mama taknak tengok anak mama kecewa dengan dua-dua perkara tu."


I know. The very first moment when I heard 'orang itu' was going to India to further his medical years, I've set on my mind that I was going to be brave like him. I'm going to India, because he inspired me so much to grab every opportunity that lies in front of me. Like I said before - He's one of my idol. My biggest challenger.


Aku bukan buat cerita Hindustan.
Pilih untuk belajar kat tempat sama dengan orang yang aku suka sejak bertahun-tahun yang lalu.


Aku bukan pilih untuk belajar di India sebab dia.
Aku pilih India sebab - India je pilihan yang aku ada selain Malaysia punnnnn :(


This is because most of the scholarship that offers medical degree at UK or any other country as well are closed for post-matriculation students. Pendek kata, kalau nak buat medic kat UK kena mohon dari lepas SPM terus.


Macam aku. Aku mohon untuk buat medic kat Ireland lepas SPM dulu. Tapi rezeki tak ada, permohonan aku gagal. Jadi aku sambung buat asasi kat UM. Lepas habis asasi, aku carik peluang nak sambung degree kat luar negara dan yang ada cuma India. Aku dapat Mesir (Al-Azhar) juga, tapi ayah tak benarkan aku kesana sebab pergolakan yang masih rancak masa tu.


Maka India lah yang aku pilih.
Dan India jugalah yang Allah rezekikan kepada aku.


Tapi dalam 91% keputusan aku pilih India sebab India itu bagus kalau nak buat medic, tetap berbaki 9% yang aku tau - Memang diinspirasi oleh dia.


Tak kisahlah. Pelajaran dulu, baru perasaan.
Lagipun aku takkan belajar satu tempat dengan dia.
Dia kat Bangalore. Aku pula bakal ke Salem.


Tempat yang berbeza. Negeri juga berbeza.
Walaupun satu negara - Tetap jauh.


Dari dulu sampai sekarang pun memang dia sentiasa jauh walaupun bila ada depan mata aku.



* * * *



Back to my organizational program.
Typical Aqila. Suka melencong cerita!


So basically I'm going to India for my two and a half years of medical degree on 2015, which is next year. Tapi untuk bulan April nanti, aku cuma akan pergi kesana selama seminggu.


Program tu bertempat kat USM KLE, Belgaum. I'm going there with other 23 students.


Yang buat aku jadi madang busy memanjang sekarang ni ialah - Aku in charge untuk performance depan students USM KLE nanti. Sekarang dah bulan satu. Bulan tiga nanti dah sibuk dengan revision untuk final exam. Jadi aku kena siapkan idea kasar untuk persembahan secepat mungkin.


Cadangnya nak buat dikir barat dan tarian je. Tapi itulah. Tangan aku yang keras semacam ni kena dilembutkan dulu sebelum nak ajar orang lain.


Kena pulak partner aku untuk design persembahan nanti ialah orang yang housemates aku sibuk matching-kan dengan aku :(


Nak taip nama dia pun aku rasa kekok semacam. Ini semua Obie, Kinah dan Miera punya angkara. Kaki mix and match. Tak memasal aku dah rasa awkward nak cakap dengan dia. Sejak budak bertiga ni tau aku kena buat kerja dengan dia, lagi teruk aku kena bahan. Bertambah dahsyat cerita-cerita hindustan yang dorang reka.


Ini semua memang nak kena gunting mulutnya.


Sekejap je masa berjalan. Sekarang dah CVS Module. Tiga minggu lagi dah masuk Respiratory Module. And then there goes our final exam for Year One.


Takut. Seram. Cuak.
Menggigil semua ada.


Umur memang dah tak panjang.
Apapun Allah dah tentukan semua. Tinggal kena usaha untuk jadi yang terbaik.


InsyaAllah kalau takde aral, 26 April nanti aku akan bertolak ke India.
Tak dapat jumpa 'orang itu', dapan merasa pijak kaki ke tanah sana pun jadilah.

No comments: