Jan 15, 2014

Untuk Obie

Aku selalu menulis tentang orang-orang yang rapat dan hampir dengan aku. Dari zaman aku mula-mula menulis blog sampailah sekarang.


Dari zaman berhingus masa sekolah, sampai dah masuk degree. Konon-kononnya dah dewasa sangat lah ni. Padahal kalau tengok perangai hmmm tak nampak macam 20 tahun lagi.


Kat Ipoh sini, roommate aku Obie.
Macam yang aku dah selalu tulis sebelum ini.


Aku selalu pandang Obie senyap-senyap. Sebab bila aku pandang, aku bukan lihat diri dia je. Aku pandang dalam hati dia. Aku pandang Obie dan aku lihat semua sedih yang dia simpan sendiri.


Aku lihat dia yang selalu ketawa terbahak-bahak macam tak pernah kisah apa-apa.


Aku tau. Obie simpan sendiri.


Dan resmi aku, aku takkan buka mulut selagi dia sendiri tak bercakap apa-apa.
Sebab itu bila kadang-kadang Obie buka mulut cerita sesuatu yang aku tak pernah sangka, aku tau - Itulah limit dia.


Dia cuma cerita tentang Running Man, hindustan, kawan-kawan sekolah atau cerita lawak dia. Dia tak suka cakap benda serius dan cuma tau buat lawak kasar. Especially menganjing dan membahan aku -.-


Tapi bila dalam bilik tiba-tiba dia cerita sesuatu yang lain daripada perkara-perkara kat atas, aku tegakkan badan. Aku dengar. Sebab Obie jarang cerita sesuatu yang buat dia sedih. Tapi bila dia buka mulut, aku tau dia dah tak tertahan nak simpan sorang.


Kalau pandang dari luaran, memang dia nampak kasar. Dia nampak macam tak sensitif langsung pasal perasaan orang. Kalau aku tak kenal dia sejak bulan Julai lepas, rasanya aku pun takkan sanggup nak dekat dengan dia. Mulut laju semacam kalau tengah bengang. Pedas berangin semua ada.


Tapi sekarang aku bercakap sebagai kawan yang dah kenal dia hampir tujuh bulan.


Sebab itu bila ada orang kata "Obie tu kasar lah" - Aku sedaya upaya betulkan sentimen kefahaman orang tu. Biar dia tau yang kita tak boleh judge orang berdasarkan luaran. Ataupun berdasarkan personaliti dia.


Semua yang berlaku ada sebab. Ada puncanya. Mungkin bila dia lihat Obie kasar macam tu, dia takkan pernah sangka yang sebenarnya Obie paling kerap terasa hati dengan mulut orang. Dia mungkin takkan pernah tau berapa banyak beban yang Obie pikul sendiri tanpa tunjukkan orang.


Sentimen kefahaman manusia tak pernah selari dengan siapa kita yang sebenarnya.
Sebab itu jugak aku cuba untuk latih diri aku supaya tak judge orang sebelum aku betul-betul kenal dan tau dia siapa.


Aku nak Obie tau, aku akan selalu ada untuk jadi kawan yang serius bila dia juga serius. Aku nak dia tau, aku selalu ada untuk dengar walaupun dia mungkin rasa pemikiran aku tak selari dengan dia. Sebab Obie suka cakap aku ni macam mak-mak orang.


Dan kalau aku mampu, aku sembuhkan.
Luka-luka yang tak nampak dengan mata kasar.


Terima kasih. Jadi motivasi aku untuk lebih positif bila datang apa-apa perkara yang berkaitan dengan manusia.

No comments: