Feb 7, 2014

Ulang Rakam

Assalamualaikum.


Apa yang pernah aku rasa empat tahun lepas datang semula.
Apa yang paling aku cuba nak elak, itulah yang Dia beri sebagai tanda kasih atas dugaan yang datang.


Aku lihat seseorang selama empat tahun.
Dan selama itu juga dia tidak melihat aku.


Aku cipta Puisi 365 Hari atas simbolik kepada usaha terakhir (mungkin) aku. Dengan harapan habis 365 hari aku letakkan dia sebagai penerima tulisan-tulisan aku, habislah keraguan yang aku rasa tentang aku, dia dan cerita antara keduanya. Habis 365 hari, aku akan pilih satu antara dua jalan yang terbentang depan aku. Habis 365 hari, aku akan letakkan satu keputusan muktamad.


Ini usaha penghabisan aku.
Ini daya yang aku mampu.


Mungkin Puisi 365 Hari ini peluang terakhir yang aku cipta.
Sebab aku selalu tertanya-tanya :


Dengan perbezaan antara kau yang dulu dan sekarang -
Masih bolehkah kenangan dan perasaan lalu aku ulang semula.

No comments: