Mar 13, 2014

Apa Itu Tidur

Assalamualaikum.



Sekarang jam dalam bilik aku pukul 4.24 pagi..



Sedaya upaya aku cuba untuk pejam mata lepas empat jam pecah kepala dengan Pharmacology. Aku ngantuk. Aku sakit kepala. Berguling-guling peluk bantal pun tetap tak boleh nak pejam mata. Esok kelas pukul 8 pagi.


Sebenarnya dah dua hari aku terlajak bangun lewat gara-gara stay up hampir setiap malam camni hmm :( Kalau kelas pukul 8 pagi, 7.50 baru bangun. Sudahnya aku 'terpaksa' skip kelas pagi. Tak tipu punya sebab kalau pegi jugak pun, sampai kolej nanti mesti dah nak habis kelas pagi.


Dan disebabkan aku skip kelas pagi tadi, esok Prof Awang nak jumpa :'(


Jap lagi nak bangun sahur. Nak puasa. Minta-mintalah hati Prof lembut tak marah aku sebab skip kelas dia semalam. Argh gua stress ni final exam nak dekat tapi study pun tak habis lagi! Kalau nak bangun awal mestilah kena tidur awal. Tapi kalau tidur awal pulak bila masa seorang Aqila nak study?! Aqila yang dulu bukanlah yang sekarang! Aqila yang dulu boleh tak tidur tiga hari tiga malam. Aqila yang sekarang ni kalau tak cukup tidur mulalah asyik nak jadi cranky je sepanjang pagi!!


Huhu. Aku serius taknak repeat paper final exam kalau fail nanti. Ya Allah tunggang-terbalik rasanya hidup sekarang ni. Banyak benda nak diuruskan dalam satu masa.


**********


Kalau esok aku tak terbangun pagi lagi, aku reda Dr Basant nak rempuh bilik aku kejut suruh belajar face to face dengan dia. Serius aku reda.


**********


Updated for this blog post, Allah nak aku belajar supaya serik untuk ponteng kelas sebab terlewat bangun.


Prof Awang suruh aku tulis surat tunjuk sebab kenapa tak datang kelas dia. Le me is so sad and promised myself to have a full attendance right after this.


**********


Updated again.


Pagi ini aku terbangun lambat dan TERSKIP KELAS PROF AWANG SEKALI LAGI what a damn promises you've made, Aqila.


Damn and just arghhhh!