Apr 15, 2014

Final Exam Belum Habis Dan Kini Aku Insecure

Sepanjang jam 8.30 sampai 11.00 pagi, aku bertarung dengan emosi dan keinginan yang membuak-buak untuk lari masuk dalam bilik lalu sembamkan muka atas bantal.


Dua jam tiga puluh minit yang memperjudikan masa depan aku.



**********



Jam 9.30 malam, mama call.


" Kakak tengah buat apa ni? Demam dah kebah belum? "


" Tengah termenung. Fikirkan masa depan yang dah gelap. "



Mama gelak.
Aku nangis.



**********



Orang selalu bertanya - Kenapa mesti tulis perkara yang sedih? Kenapa lebih banyak suram dan kelam yang ditulis dalam blog ini berbanding dengan kegembiraan?


Dan aku senyum saja sambil balas :


" Sebab bila aku baca balik semua benda yang pernah buat aku sedih, aku akan ingat bahawa semua perkara buruk yang terjadi pada aku takkan kekal. Cepat atau lambat - Mesti akan berakhir. Mesti akan ada gembira balik di penghujungnya. "


" Sebab cerita sedihlah yang akan buat kita sedar kita sebenarnya lebih kuat berbanding dulu. "


Tapi aku dah revert to draft semua Hashtag Rabak #1-31 aku dalam blog ini. Terlebih sedih dan terlebih suram rasanya. Rabak terkoyak habis sampaikan orang yang baca pun ingat aku nak bunuh diri agaknya hahaha (ini tak lawak, Aqila).


Oh and updated for this blog post, I managed to pass my final examination alhamdulillah :)

No comments: