May 24, 2014

Bahu Yang Lemah

Assalamualaikum.


Amanah bukan satu perkara kecil yang boleh aku terima galas di bahu tapi kemudian di lain hari aku rasa terbeban dengan berat yang makin hari makin padu tanpa sempat aku letak ke bawah dan susun satu persatu.


Amanah juga bukan satu perkara mudah yang aku terima hanya kerana ingin mencukupkan markah kokurikulum dan menjadi satu sijil yang menunjukkan aku ini bukan sekadar seorang pelajar perubatan yang tunduk rendah pandang buku semata.


Amanah juga sudah semestinya bukan sesuatu yang boleh aku bangga dan canang sini sana kerana rasa diri lebih kental untuk bawa sesuatu yang tak semua orang sanggup rasa.


Amanah itu, jauh lebih besar berbanding semua yang aku rasa remeh semata.


Satu tugas.
Satu kepercayaan.
Satu kebajikan.


Sesuatu yang aku perlu lakukan tanpa sekelumit rasa ingin mengungkit mahupun mengeluh. Sesuatu yang perlu aku ikhlaskan hati walaupun satu dunia tak ambil peduli berat beban yang aku bawa atas bahu bongkok yang retak ini.


Ada masa aku kental terima semua dan terus pandang ke depan. Pikul semua amanah yang orang rasa kecil tapi bagi aku besar impaknya kalau tak dilaksanakan. Yang mungkin beri kesan dan kesusahan pada mereka yang cukup percaya akan amanah yang aku sedia galas.


Tapi itulah. Mereka tak tahu. Mereka tak faham.


Atau mungkin salah aku kerana tak pernah harapkan bantuan sesiapa dan keras kepala ingin lakukan semuanya seorang semata.

No comments: