Jul 20, 2014

A Letter To Athena




Mereka katakan, "Tak perlu kau menunggu akan perkara yang tidak pasti."
Kau kembali duduk menunggu dia.


Mereka bangkit dan cuba untuk mengheret kau dari bangku menunggu
Kau berpegang erat pada bangku itu , "Jangan lepaskan."


Seorang pemuda menawarkan bantuan,
Menawarkan sebuah kerusi yang tidak perlu kau duduk dan menunggu lagi.


Kau senyum
Kau tetap kaku diatas bangku itu, menunggu dia.


Pemuda itu tersenyum, kagum 
Bertapa kuatnya kau berpegang pada janji yang telah kau ikrarkan dahulu.


Dua, tiga, dan seterusnya hingga kelapan
Semuanya menawarkan hati untuk diberi dan kau masih menolak segala kerusi kosong yang diberi.


Kau senyum 
Kau tetap kaku diatas bangku itu, menunggu dia.


Sedangkan kau sendiri tidak pasti bilakah dia akan pulang 
Sama ada dia akan pulang, atau tidak langsung.


Kau senyum,
Kau tetap kaku diatas bangku itu, menunggu dia. 


Ini dipanggil setia.
Jarang sekali untuk kita berjumpa dengannya.



Dia sangat beruntung mempunyai seorang penunggu yang setia seperti kau.




A Letter To Athena
Somewhere in 2011
Aqila Syahiena, in collaboration with Fakri Khairi.

No comments: