Jul 17, 2014

Fikiran Yang Disorok (Dark)

" I've read your blog. I'm sorry I wasn't there when you needed me. "


Aku angguk. Kawan baik selama 13 tahun baru pulang ke Malaysia. Dan dia pulang untuk melihat aku mengilusikan diri sambil terperangkap dalam tembok tinggi yang makin kukuh aku pasak sekeliling diri.


" This is the second time I've ever seen you like this. The first one was back then in 2009. But you know what? You're much better. Much stronger. "


Aku angguk lagi. Separuh sedar.
Dia tak puas hati dengan reaksi batu depan mata.


" Risau jugak kalau kau cuba nak bakar asrama macam dulu. " Kali ini aku tergelak. Terngiang-ngiang dalam kepala kenangan aku rempuh asrama lelaki STAR dan cuba bakar dorm Abu Bakar.


Itu kali pertama.
Dan walaupun bertahun-tahun sudah berlalu, walaupun luka sudah sembuh, aku masih tidak mahu melihat wajah itu lagi. Aku sentiasa tanamkan dalam diri bahawa dia sudah mati dalam hidup aku dan segala kenangan turut serta dibawa pergi.


Itu kali pertama.
Ketika perasaan aku berbalas walaupun cuma perasaan monyet. Dan seperti kebanyakan kisah monyet yang lain, dia berlalu pergi bersama salah seorang rakan baik. Cinta tiga segi kononnya. Aku ditikam rakan sendiri dan buat pertama kalinya, mula kenal apa itu patah hati.


Dan ini kali kedua.
Bezanya cuma perasaan ini tak pernah terbalas.


" Macam mana kau pernah sembuh suatu masa dulu, macam itulah aku yakin kau mampu sembuh untuk yang ini. "


Aku tahu.
Tapi entah kenapa yang ini lebih dalam lubangnya.


" Aqila yang aku kenal bertahun-tahun memang lembut orangnya. Tapi bukan lembik. Kau kena ingat itu. "


" Kau memang lembut hati. Paling cermat menjaga perasaan orang. Tapi kau keras kepala. Tak pernah sekali pun aku nampak kau give up bila kau dah set dalam kepala yang kau nakkan sesuatu. Kau orang paling keras kepala, paling degil, paling batu pernah aku jumpa. "


Dia tak puas hati tengok aku pasif.
Dia mula provok dan cabar muka kejung tiada emosi aku.


" Bertahun-tahun aku kenal kau. Kau boleh tipu semua orang kecuali aku. "


Aku angkat kepala dan ketap bibir.


" Kalau kau betul-betul kenal aku, kau akan tahu aku tak suka didesak dan dipaksa-paksa. Bagi aku masa. Aku kenal diri aku. Aku tau aku akan sembuh, cuma bukan sekarang dan bukan dalam sekelip mata. Bagi aku masa. Itu je. "


Dia pandang aku dan tersenyum. " Now Aqila that I knew had spoken. "


" Masa boleh bantu kau sembuh. Dan masa juga boleh tunjukkan pada kau yang sesuatu perkara itu boleh berubah 360 darjah. Dengan satu syarat. "


Aku angkat kening, menunggu.


" Kau longgarkan ikatan manusia dalam hati dan mula bergantung kepada takdir Tuhan. Kau dah usaha. Sekarang biar Dia tunjukkan rencana seterusnya. "


Senyum. Dia memang satu-satunya kawan yang paling telus membaca fikiran yang aku sorok daripada semua orang dengan alasan " Aku okey, seminggu dua lupalah nanti. "

No comments: