Jul 7, 2014

Monday Offday

Assalamualaikum.


Hari ini kelas aku mula pukul 10.30. Dan disebabkan aku bercuti, aku tak bangun pukul 6.20 macam kebiasaannya.


Aku terjaga jam 10.21 pagi.
Aku keluar dari bilik, perkarangan rumah dah kosong dengan kereta.


Sampai begitu sekali takde siapa perasan akan kewujudan aku di rumah ini.


Yang itu ingatkan aku masih bersiap dalam bilik agaknya.
Yang ini pula ingatkan aku pergi awal dengan yang itu agaknya.


Aku masuk semula dalam bilik, kunci pintu dan berselubung dalam selimut.
Pejam mata sambil memadam semua kemarahan yang bersarang.


Pagi ini aku ada tiga lecture.
Petang pula aku ada forum Intercultural Communication.
Dan perlu hantar proposal yang group aku sendiri takde siapa yang serius buat betul-betul.


And here I am, on my bed typing on my blog about how shit a day can be.


Halimunan.
Tempat paling bawah dalam ekosistem sosiologi manusia.


I hate this day and I hate everything.
I hate my imaginary friend too.


Pergi mampus semuanya.
Aku nak tidur sampai malam.



**********



Updated somewhere in the evening at 4.03 pm.


Antara kemarahan terpendam sebab tak terbangun pagi tadi dan carry marks untuk ICC, aku pilih carry marks untuk ICC. Marah boleh disimpan sendiri. Markah exam mana nak cari?


Jadi pukul 12.30 tadi aku capai tuala untuk mandi.
Bila aku pulas tombol pintu bilik air, tak boleh pusing.


Jannah kunci pintu bilik air dari dalam (sebab bilik air itu bersambung dengan bilik dia). Aku menjerit dalam kepala bagai nak gila. Di mana ingin ku cari sabun syampu dan berus gigi..


Berbekalkan kunci spare bilik Obie (bilik lama aku), aku capai phone dan whatsapp Obie " Aku tumpang bilik air kau. Jannah kunci dari dalam. Sabun syampu berus gigi semua aku nak sapu. "


Tapi aku guna Listerine je instead of berus gigi dia heh. Dan aku jumpa berus gigi lama aku di celah kabinet toiletries.


Bila aku mandi, baru kepala aku boleh berpusing dengan jelas.
Bukannya housemates aku tak peduli pasal kewujudan aku. Tapi semua orang tak bergerak keluar rumah dalam masa yang sama.


Jannah keluar pukul 8 pagi, jadi dia ingat aku pergi dengan Kinah dan Obie.


Biha keluar pukul 9.45 pagi, jadi dia ingat aku pergi dengan Kinah dan Obie atau Jannah.


Obie dan Kinah keluar pukul 10.20 pagi, jadi mereka ingat aku dah pergi dengan Biha.


Kak Idalis pula tak jejak kaki ke rumah lagi dari Negeri Sembilan.


Untuk proposal pula, bukannya group aku tak serius nak buat betul-betul.
Tapi masing-masing sibuk dengan kerja yang berlambak dan takde siapa ingat tarikh hantar assignment.


Aku tak pernah marah dalam jangka masa yang lama.
(Tapi ada beza antara marah dan terasa).


Kalau aku marah, seperti kebanyakan kita yang lain, I tend to overthink and put all the blame on me. Everything is my fault. I'm the lowest one that shall be executed for guilty. I'm the black dot in a plain paper. I will put a distance and bubble around me since I feel inferior and as if I didn't do anything right.


Well thats me.


Tapi aku simpan semua marah dalam hati. I tried my best not to complain or whining over something. Aku simpan senyap-senyap dan bila aku dah reda, baru semua benda akan jadi jelas dan nyata.


Kadang benda yang teruk dan dahsyat itu berkisar dalam kepala sahaja.


So its just another bad day for all of us (well especially the panda eyes me).


Waiting for 11th of July to arrive.
Man this week is such a long and depressing for me.

No comments: