Oct 28, 2014

Pods And Petals

Assalamualaikum.





My name is Aqila and I would like to clear up several things upon this blog.


1. One person used to say that if you wanted to know me, you can read my whole blog and everything about me is in your hand. Well that works several months ago, but not now. I'm in a phase of healing and trying to get rid of anything negative upon my life. So in this blog, I will only write about my life experience or my personal insight on anything. No more depressing poems in this blog for temporary time being. 


2. I used to write everything that comes into my mind in this blog. But as I said above - No more depressing poems in this blog for temporary time being. I wanted to get a clean and fresh start for this blog. It has been my life journal for about four years now. People read it, and people judged. I never care about people's perceptions on me before, but since I'm healing from my depression, it kinda disturbed me for letting people to keep on reading about my deepest thought and judging me upon my choices. So I've decided to use my Tumblr to wrote anything that came from my emotions, and not this blog. Don't bother to search for my Tumblr. I only let two people to read it, and if I told you my username and link, you must be someone significant for having my deepest trust.


3. I kinda wrote some shit and crap in this blog during my depression state. So I've put a "Dark" tag upon those posts so that you could differentiate which one is the normal me and which one is the dark me. Again, people judged. Nah, screwed you.


4. It took me several months before I've decided to unprivate this blog like it used to be. Its a big step for me. For letting people to read my story. I'm doing this to convince myself that I'm not scared anymore. I'm stronger, and better. And I did this for any depressed people out there. I want them to read this blog, to read my story and to realize that I used to feel the same way too. I'm not alone. They're not alone. I'm a fighter, they're a fighter and we're a fighter. All of us.


5. Hitting my second year in medical degree, I realized I haven't done as much as other people who strive for the best. I hope this blog is a virtual timeline of me trying to achieve my dream, and growing up with my brightest colours.


6. I'm sorry for my stern words in this post. I'm sorry for everything. For all the people whom I might hurt when I was hurting.


7. I love you Adillah Farhana.

Oct 27, 2014

Blooming Rose : Part One

Assalamualaikum.


In the names of Allah, Most Gracious and Most Merciful.






Its been quite loooong time since I last posted something in this blog. I don't know what to say, its just that I'm trying to distance myself from all the bad things and trying to break free from my own chain... I guess? Haha.


Emmm. So yeah.
I'm back, unprivating my blog with these whole new look and of course, to continue embracing my hopes and dreams.


So you could possibly say that I've completely healed, right?


But let me tell you this - No. Nobody could healed completely. None of us got enough time to break free of anything that engulfing us like a parasite. None of us got the magic to wipe up everything and starting a new life immediately.


It took me a long journey to finally be able to come back and reclaiming my own self. The one I've lost before. And for some people who might coincidentally read my last post, which I wrote just the day before I finally decided to give up on everything and end this life - You might be wondered about the fact that I'm still here, writing and babbling.


(Ke sebenarnya takde orang kisah pun? Hashtag down)


I would like to mix up my writings in both languages, according to my preference.


Dengan penuh rasa rendah diri dan berdosa, aku mengaku ketika itu aku memang sudah putus asa dengan semuanya. Aku sudah tidak mahu fikirkan apa-apa lagi dan hanya mahu mencari penamat. Bukan aku tidak tahu apa yang bakal menimpa selepas aku menetapkan keputusan itu. Bukan aku tidak tahu rahmat Tuhan yang akan turut serta meninggalkanku nanti. Aku tahu setiap satu akibatnya, tapi entah kenapa ketika itu aku sudah tidak peduli. Hinanya aku kerana merasakan aku boleh menerima hukuman Tuhan dengan semudah itu.


Menamatkan semuanya.
Menamatkan nyawa.


Aku sudah menetapkan tarikh. Menetapkan jalan.
Menetapkan pengakhiran yang aku kira ingin aku sempurnakan.


Segalanya telah aku rancang dengan teliti. Surat telah aku tuliskan pada yang berkenaan, menjelaskan segalanya. Hutang piutang telah aku kira dan catat, andai ada yang menuntut lebih atau kurang. Barang-barang telah aku kemas dan agih, buat sesiapa yang mahu. Andai selepas berlalu detik yang aku rancang, aku berharap biarlah segala caci maki dilontar pada aku saja. Bukan keluarga. Aku tahu mana mungkin mereka akan menerima keputusan ini, tapi sekurang-kurangnya aku tidak akan menahan hati melihat secara fizikal bagaimana aku mengecewakan sesiapa lagi.


Terlalu lama aku tenggelam dalam laut dalam.
Hingga sebenarnya aku bermain dengan ilusi sendiri.


Semakin hampir aku kepada tarikh yang telah aku tetapkan buat pengetahuan seorang diri, semakin banyak aku menimbang tara keputusan ini. It feels so right, yet I found no peace.


Apa aku fikir ini semua macam novel picisan?
Bila sudah ditamatkan sebuah buku - Aku mampu menulis buku kedua?


Pendek akal.
Syaitan menari bogel melihat aku sepanjang tiga bulan itu.


Untuk Dilla telah aku khabarkan. Dan sebagaimana selalunya dia, tak pernah sekalipun aku merasa disalahkan - Biarpun apa yang aku buat itu memang salah. Dia cuma bertanya kenapa. Dan mohon diberitahu tarikh yang aku simpan sendiri, kerana dia mahu ada disisi. Cukuplah aku merasa sekurang-kurangnya selepas aku pergi, masih ada seorang manusia yang tidak akan membenci dan menghina keputusan ini.


Mama pula seperti telah mengetahui apa yang telah aku rancang. Setiap minggu aku diajak pulang - Tak puas melihat aku katanya. Tapi tak pula berkata apa-apa. Bila aku duduk termenung, diajak makan. Bila aku berkurung dalam bilik, diajak bersembang. Seperti mahu mengalihkan fikiran aku. Dan menunggu aku membuka mulut. Tapi jika mama tahu pun, aku tidak terkejut. Aku dan mama - Fikiran satu saja.


Hari makin hampir.
Tapi entah kenapa teruja itu tiada.


Kalau betul sungguh, kenapa ada ragu?


Jadi setelah berbulan mengurung diri, aku ambil keputusan untuk perlahan-lahan keluar semula. Aku mula bersikap tidak peduli - In a good way I guessed. Jika ada yang buat gembira, aku terima. Jika sedih menyapa, aku terima. Apa-apa saja yang datang dan pergi tidak lagi aku letakkan dalam hati. Aku teruskan saja setiap hari yang diberi. Seperti angin - Aku bawa diri ikut hala terbang.


Setiap hari aku bereksperimen.
Aku berhenti belajar tentang manusia - Sebaliknya aku belajar tentang syukur atas apa yang ada.


(Untuk next post Bahagian Dua, aku akan tulis tentang segala apa yang aku buat sepanjang tempoh aku keluar dari sarang kemurungan. Its gonna be a brighter post, I can assure you)


Lama kelamaan aku mula lupa tentang tarikh yang hampir tiba. Aku mula hidup dengan apa saja yang diberi Dia. Gembira atau sedih, aku sudah tidak peduli lagi. Aku memang sungguh sudah buang semua yang melekat bagai habuk dari hati.


And I found peace in letting go of everything that goes beyond my control.


"Sebenarnya kau bukan nak tamatkan hidup kau pun. Kau cuma nak all those pain stop je. Kau keliru ni."


I still remember how those words snatched my point of view. Its like a grenade in my head, like a drop of ink in a pile of clear water. Out of sudden, I realized how far I've gone from the right tract. Malam itu Miera jadi yang kedua aku ceritakan tentang apa yang pernah aku rancang. Sebaris ayat itu macam highlighter - Terus aku nampak apa yang selama ini aku keliru sendiri.


Aku cuma nak segala yang sakit itu berhenti.
Bukan nyawa yang mati terhenti.


Sebab itu aku sentiasa ada ragu walaupun sudah bulat tekad. Sentiasa tertanya-tanya apa rasional semua keputusan ini.


Makan sepanjang pencarian diri, aku tutup blog ini. Tidak aku izinkan apa-apapun tercatat lagi sehingga aku jumpa apa yang aku mahu. Twitter juga aku biar senyap. What I really need is some time alone for myself. To figure out everything.


Pernah sekali aku duduk sendiri dan aku muntahkan semua yang bising dalam kepala ;


Apa sebenarnya punca aku mahu putuskan hayat?


Aku carik satu persatu yang berurat selirat dalam kepala. Dan aku lihat kebanyakan yang mendarah daging itu semuanya kerana manusia. Apa-apa saja kesedihan ketakutan dan kemarahan yang aku rasa semuanya datang daripada manusia. Tak kira bagaimana rupa apa mereka tersimpan dalam kepala.


Aku mahu putuskan hayat kerana manusia (plural form, maka manusia-manusia)


Aku tidak lihat itu sebagai satu yang betul.
Hidup aku bersama semua pinjaman Tuhan dan usaha untuk teruskan usia sampai habis pinjaman Dia. Aku tidak hidup atas ihsan manusia.


Bukan manusia yang tentukan jatuh bangun makan pakai hela nafas dan hidup mati aku. Manusia tak punya apa kuasa pun untuk corakkan bagaimana jenis hidup akan aku lalu.


Bila manusia lupa mereka takkan pernah lebih besar dari Tuhan ;
Mereka rasa hidup ini berkisar atas tangan saja.


Maka aku pilih untuk matikan semua rasa jahanam yang bakal bawa aku ke neraka lebih jahanam.


Aku pilih untuk terus hidup.
Pedulikan apa jenis sedih duka lubang dalam mana pun, aku takkan patah belakang dan putus asa dengan hidup yang cuma satu.


Sebab jika aku turutkan rasa mengalah itu, matilah aku sebagai seorang yang kalah. Loser lembik.


And here I am, breathing. Living.


At some point, I still cry over myself when I'm about to sleep. I still got mad when things does't turn out the way I wanted it to be. Sometimes I even wish I could lay down on bed and skip the whole shitty day. And yesterday I still feel like stabbing someone because he really rise my rage for being unacceptably annoying lil brat.


Yet I'm still not regretting my decision to keep on breathing and living :)


I'm not ashamed of myself. Whenever people might asked me later "Why on earth did you wanted to kill yourself are you insane you stupid ungrateful kid why you even bother to write this in your blog you've humiliated yourself!" - I'll tell you this, I'm not ashamed of my past. I'm not trying to hide this dark side of my life. Tidak akan sekalipun aku nafikan bahawa aku pernah cuba untuk membunuh diri.


Seperti kita semua. Aku cuma melalui satu fasa yang gelap dalam berpuluh lagi fasa hidup yang masih Tuhan pinjamkan. Aku tidak katakan apa yang aku pernah lakukan itu betul.


Salah tetap salah.
Dosa tetap dosa.


Ya benar.


Tapi adakah aku menyesalinya? Tidak.
Kerana sepanjang aku menimbang tara keputusan itulah, aku menemui jalan keluar dan sedikit demi sedikit cahaya mula ternampakkan.


Ironi, bukan?
Bagaimana mudahnya manusia berbolak-balik soal hati.



Jadi aku kumpul kekuatan dan kembali.
Dan jika selepas ini pun akan ada satu lagi fasa aku putus asa dengan segalanya, mohon diingatkan aku bahawa its just another bad day, bad week or even bad year, not a bad life at all.



My name is Aqila.
And I'm a depressed suicidal girl who survived, all praise to Allah.

Blooming Rose : Part Two

Assalamualaikum.


In the names of Allah, Most Gracious and Most Merciful.




Sebagaimana yang pernah aku nyatakan dalam Blooming Rose : Part One, untuk Part Two ini akan aku tuliskan segala apa yang telah aku lalui sepanjang fasa aku perlahan-lahan cuba bangkit dari depresi dan kemurungan. Segala keputusan yang kebanyakannya aku pakai redah saja tanpa fikir sepuluh kali seperti kebiasannya.


Turned out, most of it helps me to see this world in a different dimension and colours. Alhamdulillah.



**********



1. Training Of Trainer Camp at D'Lereng Ulu Chepor, Perak


At first, I'm quite reluctant to join this camp. This is a training camp for all facilitators of Orientation Week that will be held to welcome those new students in UniKL RCMP. Aku tak fikir panjang sebelum serahkan nama untuk menjadi fasilitator pelajar. Apa yang aku mahu cuma seminggu tanpa kelas, kuliah, lab dan tutorial. Aku rimas. Disebabkan masalah yang menggunung tinggi dalam kepala, aku langsung tak boleh fokus untuk belajar. Datang kelas pun takde function baik aku duduk bilik dan tidur. Jadi tujuan aku mahu turut serta dalam kem ini adalah untuk melarikan diri dari realiti hidup *baa dum tsss* hahaha.


Sehari sebelum kem, aku mula panik. Bila aku tengok senarai nama, cuma lima orang pelajar MBBS Tahun Dua termasuk aku. Dan empat orang lagi - Jeje, Helen, Dorinna dan Miera bukan tergolong dalam orang yang kerap berkomunikasi dengan aku. Adalah dalam lima enam kali bersembang gelak gitu-gitu. Jadi aku panik dan tak senang duduk. Sejak alami fasa kemurungan ni memang aku jarang bercakap dengan orang walaupun yang rapat dengan aku. Maka orang yang tak berapa rapat apatah lagi. Risau sampai tak tidur malam dibuatnya tahu.


Apatah lagi bila tengok fasilitator lain dari MBBS Tahun Tiga dan Empat serta Bachelor of Pharmacy yang semua aku tak pernah kenal atau dengar nama. Damn you introvert me.


Maka berangkatlah aku ke kem tersebut dengan separuh hati dan jiwa yang melayang-layang.






(Bakal bersambung bersertakan gambar penuh dalam post seterusnya hihi)


2. Minggu Silaturahim (MSR) UniKL RCMP Ambilan September 2014


Selepas dua hari kem di D'Lereng, aku dan 22 orang lagi fasilitator pelajar mengendalikan minggu orientasi untuk pelajar-pelajar baru MBBS dan Bachelor of Pharmacy. Its one hectic week, sebab setiap hari selama seminggu aku perlu bangun tidur jam 6 pagi dan bertapak di UniKL RCMP Kampus Tasek sampai jam 8 malam sebelum pulang ke rumah jam 9. Sampai rumah nampak katil terus bercinta dengan bantal sampai pagi. Walaupun aku hanya bertindak sebagai AJK Kerohanian (siapa kata aku tak layak aku sepak) tapi Aqila yang secara semula jadinya tak suka duduk diam turut serta menyibuk melakukan kerja-kerja orang lain sampai diri sendiri jadi tayar leper sebab penat dan terlupa nak makan (ini masalah utama seorang Aqila - lupa makan!)


But I'm in love with every moments I've passed through within that week.


One of the thing that I could't forget is when one day I decided to sneak myself into IT room and take a short nap, away from the orientation schedule and this guy - This one particular guy went into the room and LAUGH at me when he saw me sleeping like a big fat panda. Terpisat-pisat aku bangun sambil menyumpah seranah dalam hati kenapalah ada makhluk yang ganggu juga satu-satunya tempat paling aman untuk aku tidur. Knowing Aqila, she's one heavy sleeper and she can basically sleep ANYWHERE in ANY POSITION.


Oh and right after the orientation ends, whenever any first year students walked passed thru me, they will "Hai kak Kiki!" "Kak Kiki steering lock!" "Kak Kiki garang, good morning!" 


Why kiddo why??!


Sekali je kot akak korang ni menjerit-jerit masa LDK kat tengah-tengah court basketball tu. Takkan itu dah jadi first impression korang pada akak yang penyayang dan lembut hati ini?






(Bakal bersambung bersertakan gambar penuh dalam post seterusnya hihi)


3. OC Dinner


Several days after the orientation week ends, our CEO organized a dinner for all of us, the facilitators. Funny part is we thought its gonna be held at any 5 star hotel or prestigious place.


Turned out, we're having our grand dinner at Restoran Simpang Tiga zzz.


But its one nice place tho! Tempat dinner yang disewa itu seakan-akan dining room untuk VVIP. Tertipu sikitlah dengan nama restoran. Tapi disebabkan aku sangka Restoran Simpang Tiga itu macam kedai makan yang orang pergi sambil tengok bola, maka dengan bergayanya aku menukar baju kurung sari putih kesayangan aku itu kepada cotton dress corak bunga-bunga kecil dan cardigan. Sebiji macam orang demam nak pergi kelas.


Bebudak lelaki tak usah cakap. Tshirt dan jeans - Good to go!


But overall I've had so much fun and laugh that night.
Amazing people. Beautiful soul in and out.


(Bakal bersambung bersertakan gambar penuh dalam post seterusnya hihi)


4. Memory Walk For World Alzheimer's Day


This program was organized by The Dementia Society of Ipoh, together with a collaboration from UniKL RCMP. Its basically a program where we need to walk for about 8 km (if I'm not mistaken) to increase the awareness of Alzheimer and Dementia among us.


How Alzheimer and Dementia got to do with Memory Walk?


In Layman terms, Alzheimer merupakan sejenis penyakit saraf dimana pesakit akan ada masalah kekeliruan memori jangka pendek yang akan membawa kepada kehilangan memori jangka panjang. Alzheimer merupakan salah satu punca utama Dementia. Dementia pula merupakan penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu hilang keupayaan fungsi otak untuk berfikir dan dalam jangka masa panjang, hilang keupayaan untuk kawal fungsi badan.


Aku harap penerangan aku itu difahami. I kinda sucks in explaining something without verbal communication and eye-to-eye contact.


Jadi bila seseorang itu menghidapi Alzheimer atau Dementia, dia akan lupa banyak perkara. Contohnya, lupa jalan di sekeliling Ipoh. Maka kerana itulah Memory Walk ini diadakan, supaya kita dapat memperingati bagaimana penyakit tersebut meragut ingatan seseorang kepada perkara-perkara simple - Hatta jalan sekalipun.


Tapi aku yang tak menghidapi apa-apa penyakit ini pun separuh mengah juga nak menghabiskan 8 km perjalanan. Semput! Medical student yang tak berapa berguna sebab nampak sangat tak amalkan gaya hidup yang sihat bersama moto #FitMalaysia hahaha.






5. Culture Festival Of UniKL RCMP


Festival kebudayaan ini sebenarnya salah satu projek untuk Intercultural Communication course, salah satu subjek Pengajian Am yang wajib kami ambil dan lulus (bakal-bakal doktor serba boleh kononnya). Aku tak mahu buka kes itu disini, sebab aku boleh tulis berkajang-kajang tentang sistem Pengajian Am disini and its not gonna be a pleasant post I tell ya.


Basic idea untuk festival ini mudah - Setiap kumpulan perlu mewakili sebuah negara yang berlainan dan pada hari festival tersebut dijalankan, setiap negara perlu hias booth masing-masing yang menunjukkan identiti negara tersebut dan persembahkan satu tarian tradisional untuk setiap negara.


I went with Jordan.
And we're presenting a Dabke dance in front of hundreds of people, with high degrees of recklessness and ridiculous movements.


Told ya I'm not a good dancer. In fact, I'm far from an eligible human being who could move her body properly.


But I made a business there! I wrote people's name in khat calligraphy and sold it for RM 1 each. Tapi ramai orang marah dan kata aku patut jual RM 2 atau 3. "Itu seni kot! Seni mana ada yang murah! Kau baik hati sangat kenapa?!"


Salah korang lah. Korang yang lupa bahawa aku memang bodoh dalam bisnes.









6. Lab Debat UniKL Se-Malaysia 2014


Ya aku tahu. Aqila dan debat.


Pernah suatu ketika usai Minggu Bahasa Dan Debat MRSM Se-Malaysia 2011, aku tanamkan dalam kepala bahawa itu terakhir kalinya. Selepas itu sudah tidak mahu lagi.


Sesuatu yang mampu aku lakukan dengan baik, cumanya bukan sesuatu yang aku lakukan dengan hati yang benar-benar mahu.


Dan tiga tahun selepasnya, aku di Kem Debat UniKL MIMET. Menunggu nama dipetik untuk bersidang.


Ironi, kan?


Aku sendiri masih belum hadam dalam kepala bagaimana aku mengambil keputusan untuk menerima tawaran berdebat sekali lagi. I'm such a pseudo-extrovert who got an introvert soul as a core. Jadi mengapa aku mahu lakukan perkara yang sebenarnya bukan aku minat dengan sepenuh hati?


Mungkin sebenarnya aku sudah jemu letakkan limit pada diri aku. Disebabkan aku introvert, aku rasa aku tak mampu jadi pendebat yang bagus. Dan Jord juga pernah cakap pada aku - "Qila, aku rasa kau bataskan kemampuan diri kau sendiri. Kau asyik cakap kau ditakdirkan jadi pendebat pertama dan tak boleh jadi pendebat kedua, sedangkan tadi masa aku paksa kau jadi pendebat kedua, kau sangat hebat."


Jadi aku putuskan, apalah salahnya luaskan sayap yang ada. Mungkin aku introvert dalam bersosial, tapi sebenarnya boleh jadi ekstrovert yang menyerlah ketika bersidang?


Dan Lab Debat UniKL itu bertempat di UniKL MIMET, Lumut. Sebanyak sepuluh kampus UniKL menghantar pasukan debat masing-masing untuk digabungkan selama tiga hari dua malam. Berdebatlah kami pagi petang siang dan malam sampai pukul 2 pagi. Penat nak mampus. Balik dorm memang aku terus mampus sebelah Azwa sampai pagi.


Jord dan Alieff merupakan pelajar MBBS Tahun Tiga yang memang arif pasal perdebatan. Setiap kali Alieff gagaskan usul sebagai Perdana Menteri, aku ternganga. Setiap kali Jord bangun membidas dan membangkang usul, aku tertunduk mengangguk. Punyalah inferior aku rasa sampaikan setiap kali Jord membebel sebab kami tak perform dengan bagus, aku rasa nak menangis menyorok bawah katil.


Tapi Jord memang sebiji abang-abang diktator yang garang kalau bab melatih kami. Ada satu hari masa kami lapan orang (aku, Azwa, Afi, Kak Syifa, Jord, Alieff, Hidayat dan Haikal) dalam van untuk bergerak dari UniKL RCMP ke UniKL MIMET, aku terlalu berdebar untuk berdebat lalu aku pasang headphone kat kepala untuk dengar lagu sambil redakan sikit rasa gemuruh. Tiba-tiba Jord memetir dengan suara guruhnya - "Okay aku bagi korang masa sepuluh minit untuk fikir hujah Kemiskinan Material Punca Utama Kerosakan Alam Sekitar. Lepas sepuluh minit, aku nak sorang-sorang bentang. Mula dari Qila!"


Terkalut-kalut aku cabut headphone dan cari hujah. Lepas tu bila bentang hujah, aku baru cakap "Pada pendapat saya..." terus kena marah "Hah takde! Aku nak kau mula dari awal! Bagi aku hujah dalam gaya seolah-olah kau tengah bersidang. Bukan nak buat presentation!" Maka aku pun tergagap-gagap susun ayat macam orang bodoh bagi hujah dalam keadaan takde keyakinan diri langsung sebab takut kena marah lagi.


Sepanjang tiga minggu latihan dan tiga hari dalam kem debat, memang teruk kami kena basuh dengan Jord. Sampaikan setiap kali Jord nak pilih orang untuk berdebat, aku menggigil takut nama kena panggil. Kalau nama aku naik, sepanjang malam aku tak senang nak tidur sebab berusaha nak cari hujah dan perbaiki performance aku.


But Jord gained my respect. Bisa macam mana pun mulut dia, kalau bab-bab ukhwah atau kebajikan, dia akan jadi sangat lembut. Jord sangat optimis dan dia akan berusaha bagi semangat setiap kali aku dan Azwa down bila kena berdebat dengan tajuk susah dan berdepan dengan UniKL lain yang hebat. Dia takkan marah saja-saja melainkan untuk baiki performance kami. Jadi walaupun aku selalu menggigil kalau berlatih dengan Jord, aku dah tak rasa inferior. Aku gembira untuk setiap kelemahan aku dan aku cuba perbaiki supaya aku dapat berdebat dengan bagus, setanding Jord dan Alieff.


Bak kata Jord - "Ini family kita. Keluarga debat. And we family, stick together."


Jord, Alieff, Hidayat dan seorang lagi wakil UniKL Business School akan ke Debat Alam Sekitar di UniMAP. Aku harap mereka bawa nama UniKL ke tempat yang lebih tinggi.


Dan insyaAllah Januari 2015 nanti aku dan Azwa akan ke Debat Antara UniKL untuk piala Tun TakIngatNama. Semoga kami akan terus tabah dibelasah Jord sepanjang latihan nanti.





Dari kiri :
Afi, Azwa, Kak Syifa, Qila, Miss Dya, En Kamarul, Haikal, Alieff dan Jord


**********


Sepanjang aku cuba bangun dari sangkar kemurungan dan cuba menghilangkan persepsi "I'm a worthless piece of dust who wasn't worth anything." - Aku telah temu banyak warna baru.


Sebagaimana yang aku katakan, aku tidak sembuh sepenuhnya. Aku tidak bebas sepenuhnya dari masa silam dan kepingan-kepingan hati yang hancur juga masih belum bercantum. Tetapi aku memilih untuk terus bernafas. Dan terus melakar setiap warna-warna baru yang aku temu bagi memenuhi kanvas kosong yang suatu masa dahulu hitam berdebu.


Aku lakukan apa saja yang terdaya untuk keluar daripada zon selesa.


Melihat dunia dari perspektif baru.
Mengenal manusia-manusia yang masih bersisa dengan hati yang luhur.


Mungkin hati ini masih luka. Mungkin aku masih sukar mempercayai sesiapa lagi selepas kejadian itu. Mungkin aku masih sembunyikan duka yang ada dibalik senyum girang. Mungkin aku belum benar-benar melepaskan masa silam.


Tetapi aku tidak menyesal.
Tidak sekali-kali aku menyesal memilih untuk terus berjuang demi mencari penamat yang sebaik-baik sifat penamat.


Kembali kepada fitrah manusia yang mencari Tuhannya.