Oct 27, 2014

Blooming Rose : Part Two

Assalamualaikum.


In the names of Allah, Most Gracious and Most Merciful.




Sebagaimana yang pernah aku nyatakan dalam Blooming Rose : Part One, untuk Part Two ini akan aku tuliskan segala apa yang telah aku lalui sepanjang fasa aku perlahan-lahan cuba bangkit dari depresi dan kemurungan. Segala keputusan yang kebanyakannya aku pakai redah saja tanpa fikir sepuluh kali seperti kebiasannya.


Turned out, most of it helps me to see this world in a different dimension and colours. Alhamdulillah.



**********



1. Training Of Trainer Camp at D'Lereng Ulu Chepor, Perak


At first, I'm quite reluctant to join this camp. This is a training camp for all facilitators of Orientation Week that will be held to welcome those new students in UniKL RCMP. Aku tak fikir panjang sebelum serahkan nama untuk menjadi fasilitator pelajar. Apa yang aku mahu cuma seminggu tanpa kelas, kuliah, lab dan tutorial. Aku rimas. Disebabkan masalah yang menggunung tinggi dalam kepala, aku langsung tak boleh fokus untuk belajar. Datang kelas pun takde function baik aku duduk bilik dan tidur. Jadi tujuan aku mahu turut serta dalam kem ini adalah untuk melarikan diri dari realiti hidup *baa dum tsss* hahaha.


Sehari sebelum kem, aku mula panik. Bila aku tengok senarai nama, cuma lima orang pelajar MBBS Tahun Dua termasuk aku. Dan empat orang lagi - Jeje, Helen, Dorinna dan Miera bukan tergolong dalam orang yang kerap berkomunikasi dengan aku. Adalah dalam lima enam kali bersembang gelak gitu-gitu. Jadi aku panik dan tak senang duduk. Sejak alami fasa kemurungan ni memang aku jarang bercakap dengan orang walaupun yang rapat dengan aku. Maka orang yang tak berapa rapat apatah lagi. Risau sampai tak tidur malam dibuatnya tahu.


Apatah lagi bila tengok fasilitator lain dari MBBS Tahun Tiga dan Empat serta Bachelor of Pharmacy yang semua aku tak pernah kenal atau dengar nama. Damn you introvert me.


Maka berangkatlah aku ke kem tersebut dengan separuh hati dan jiwa yang melayang-layang.






(Bakal bersambung bersertakan gambar penuh dalam post seterusnya hihi)


2. Minggu Silaturahim (MSR) UniKL RCMP Ambilan September 2014


Selepas dua hari kem di D'Lereng, aku dan 22 orang lagi fasilitator pelajar mengendalikan minggu orientasi untuk pelajar-pelajar baru MBBS dan Bachelor of Pharmacy. Its one hectic week, sebab setiap hari selama seminggu aku perlu bangun tidur jam 6 pagi dan bertapak di UniKL RCMP Kampus Tasek sampai jam 8 malam sebelum pulang ke rumah jam 9. Sampai rumah nampak katil terus bercinta dengan bantal sampai pagi. Walaupun aku hanya bertindak sebagai AJK Kerohanian (siapa kata aku tak layak aku sepak) tapi Aqila yang secara semula jadinya tak suka duduk diam turut serta menyibuk melakukan kerja-kerja orang lain sampai diri sendiri jadi tayar leper sebab penat dan terlupa nak makan (ini masalah utama seorang Aqila - lupa makan!)


But I'm in love with every moments I've passed through within that week.


One of the thing that I could't forget is when one day I decided to sneak myself into IT room and take a short nap, away from the orientation schedule and this guy - This one particular guy went into the room and LAUGH at me when he saw me sleeping like a big fat panda. Terpisat-pisat aku bangun sambil menyumpah seranah dalam hati kenapalah ada makhluk yang ganggu juga satu-satunya tempat paling aman untuk aku tidur. Knowing Aqila, she's one heavy sleeper and she can basically sleep ANYWHERE in ANY POSITION.


Oh and right after the orientation ends, whenever any first year students walked passed thru me, they will "Hai kak Kiki!" "Kak Kiki steering lock!" "Kak Kiki garang, good morning!" 


Why kiddo why??!


Sekali je kot akak korang ni menjerit-jerit masa LDK kat tengah-tengah court basketball tu. Takkan itu dah jadi first impression korang pada akak yang penyayang dan lembut hati ini?






(Bakal bersambung bersertakan gambar penuh dalam post seterusnya hihi)


3. OC Dinner


Several days after the orientation week ends, our CEO organized a dinner for all of us, the facilitators. Funny part is we thought its gonna be held at any 5 star hotel or prestigious place.


Turned out, we're having our grand dinner at Restoran Simpang Tiga zzz.


But its one nice place tho! Tempat dinner yang disewa itu seakan-akan dining room untuk VVIP. Tertipu sikitlah dengan nama restoran. Tapi disebabkan aku sangka Restoran Simpang Tiga itu macam kedai makan yang orang pergi sambil tengok bola, maka dengan bergayanya aku menukar baju kurung sari putih kesayangan aku itu kepada cotton dress corak bunga-bunga kecil dan cardigan. Sebiji macam orang demam nak pergi kelas.


Bebudak lelaki tak usah cakap. Tshirt dan jeans - Good to go!


But overall I've had so much fun and laugh that night.
Amazing people. Beautiful soul in and out.


(Bakal bersambung bersertakan gambar penuh dalam post seterusnya hihi)


4. Memory Walk For World Alzheimer's Day


This program was organized by The Dementia Society of Ipoh, together with a collaboration from UniKL RCMP. Its basically a program where we need to walk for about 8 km (if I'm not mistaken) to increase the awareness of Alzheimer and Dementia among us.


How Alzheimer and Dementia got to do with Memory Walk?


In Layman terms, Alzheimer merupakan sejenis penyakit saraf dimana pesakit akan ada masalah kekeliruan memori jangka pendek yang akan membawa kepada kehilangan memori jangka panjang. Alzheimer merupakan salah satu punca utama Dementia. Dementia pula merupakan penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu hilang keupayaan fungsi otak untuk berfikir dan dalam jangka masa panjang, hilang keupayaan untuk kawal fungsi badan.


Aku harap penerangan aku itu difahami. I kinda sucks in explaining something without verbal communication and eye-to-eye contact.


Jadi bila seseorang itu menghidapi Alzheimer atau Dementia, dia akan lupa banyak perkara. Contohnya, lupa jalan di sekeliling Ipoh. Maka kerana itulah Memory Walk ini diadakan, supaya kita dapat memperingati bagaimana penyakit tersebut meragut ingatan seseorang kepada perkara-perkara simple - Hatta jalan sekalipun.


Tapi aku yang tak menghidapi apa-apa penyakit ini pun separuh mengah juga nak menghabiskan 8 km perjalanan. Semput! Medical student yang tak berapa berguna sebab nampak sangat tak amalkan gaya hidup yang sihat bersama moto #FitMalaysia hahaha.






5. Culture Festival Of UniKL RCMP


Festival kebudayaan ini sebenarnya salah satu projek untuk Intercultural Communication course, salah satu subjek Pengajian Am yang wajib kami ambil dan lulus (bakal-bakal doktor serba boleh kononnya). Aku tak mahu buka kes itu disini, sebab aku boleh tulis berkajang-kajang tentang sistem Pengajian Am disini and its not gonna be a pleasant post I tell ya.


Basic idea untuk festival ini mudah - Setiap kumpulan perlu mewakili sebuah negara yang berlainan dan pada hari festival tersebut dijalankan, setiap negara perlu hias booth masing-masing yang menunjukkan identiti negara tersebut dan persembahkan satu tarian tradisional untuk setiap negara.


I went with Jordan.
And we're presenting a Dabke dance in front of hundreds of people, with high degrees of recklessness and ridiculous movements.


Told ya I'm not a good dancer. In fact, I'm far from an eligible human being who could move her body properly.


But I made a business there! I wrote people's name in khat calligraphy and sold it for RM 1 each. Tapi ramai orang marah dan kata aku patut jual RM 2 atau 3. "Itu seni kot! Seni mana ada yang murah! Kau baik hati sangat kenapa?!"


Salah korang lah. Korang yang lupa bahawa aku memang bodoh dalam bisnes.









6. Lab Debat UniKL Se-Malaysia 2014


Ya aku tahu. Aqila dan debat.


Pernah suatu ketika usai Minggu Bahasa Dan Debat MRSM Se-Malaysia 2011, aku tanamkan dalam kepala bahawa itu terakhir kalinya. Selepas itu sudah tidak mahu lagi.


Sesuatu yang mampu aku lakukan dengan baik, cumanya bukan sesuatu yang aku lakukan dengan hati yang benar-benar mahu.


Dan tiga tahun selepasnya, aku di Kem Debat UniKL MIMET. Menunggu nama dipetik untuk bersidang.


Ironi, kan?


Aku sendiri masih belum hadam dalam kepala bagaimana aku mengambil keputusan untuk menerima tawaran berdebat sekali lagi. I'm such a pseudo-extrovert who got an introvert soul as a core. Jadi mengapa aku mahu lakukan perkara yang sebenarnya bukan aku minat dengan sepenuh hati?


Mungkin sebenarnya aku sudah jemu letakkan limit pada diri aku. Disebabkan aku introvert, aku rasa aku tak mampu jadi pendebat yang bagus. Dan Jord juga pernah cakap pada aku - "Qila, aku rasa kau bataskan kemampuan diri kau sendiri. Kau asyik cakap kau ditakdirkan jadi pendebat pertama dan tak boleh jadi pendebat kedua, sedangkan tadi masa aku paksa kau jadi pendebat kedua, kau sangat hebat."


Jadi aku putuskan, apalah salahnya luaskan sayap yang ada. Mungkin aku introvert dalam bersosial, tapi sebenarnya boleh jadi ekstrovert yang menyerlah ketika bersidang?


Dan Lab Debat UniKL itu bertempat di UniKL MIMET, Lumut. Sebanyak sepuluh kampus UniKL menghantar pasukan debat masing-masing untuk digabungkan selama tiga hari dua malam. Berdebatlah kami pagi petang siang dan malam sampai pukul 2 pagi. Penat nak mampus. Balik dorm memang aku terus mampus sebelah Azwa sampai pagi.


Jord dan Alieff merupakan pelajar MBBS Tahun Tiga yang memang arif pasal perdebatan. Setiap kali Alieff gagaskan usul sebagai Perdana Menteri, aku ternganga. Setiap kali Jord bangun membidas dan membangkang usul, aku tertunduk mengangguk. Punyalah inferior aku rasa sampaikan setiap kali Jord membebel sebab kami tak perform dengan bagus, aku rasa nak menangis menyorok bawah katil.


Tapi Jord memang sebiji abang-abang diktator yang garang kalau bab melatih kami. Ada satu hari masa kami lapan orang (aku, Azwa, Afi, Kak Syifa, Jord, Alieff, Hidayat dan Haikal) dalam van untuk bergerak dari UniKL RCMP ke UniKL MIMET, aku terlalu berdebar untuk berdebat lalu aku pasang headphone kat kepala untuk dengar lagu sambil redakan sikit rasa gemuruh. Tiba-tiba Jord memetir dengan suara guruhnya - "Okay aku bagi korang masa sepuluh minit untuk fikir hujah Kemiskinan Material Punca Utama Kerosakan Alam Sekitar. Lepas sepuluh minit, aku nak sorang-sorang bentang. Mula dari Qila!"


Terkalut-kalut aku cabut headphone dan cari hujah. Lepas tu bila bentang hujah, aku baru cakap "Pada pendapat saya..." terus kena marah "Hah takde! Aku nak kau mula dari awal! Bagi aku hujah dalam gaya seolah-olah kau tengah bersidang. Bukan nak buat presentation!" Maka aku pun tergagap-gagap susun ayat macam orang bodoh bagi hujah dalam keadaan takde keyakinan diri langsung sebab takut kena marah lagi.


Sepanjang tiga minggu latihan dan tiga hari dalam kem debat, memang teruk kami kena basuh dengan Jord. Sampaikan setiap kali Jord nak pilih orang untuk berdebat, aku menggigil takut nama kena panggil. Kalau nama aku naik, sepanjang malam aku tak senang nak tidur sebab berusaha nak cari hujah dan perbaiki performance aku.


But Jord gained my respect. Bisa macam mana pun mulut dia, kalau bab-bab ukhwah atau kebajikan, dia akan jadi sangat lembut. Jord sangat optimis dan dia akan berusaha bagi semangat setiap kali aku dan Azwa down bila kena berdebat dengan tajuk susah dan berdepan dengan UniKL lain yang hebat. Dia takkan marah saja-saja melainkan untuk baiki performance kami. Jadi walaupun aku selalu menggigil kalau berlatih dengan Jord, aku dah tak rasa inferior. Aku gembira untuk setiap kelemahan aku dan aku cuba perbaiki supaya aku dapat berdebat dengan bagus, setanding Jord dan Alieff.


Bak kata Jord - "Ini family kita. Keluarga debat. And we family, stick together."


Jord, Alieff, Hidayat dan seorang lagi wakil UniKL Business School akan ke Debat Alam Sekitar di UniMAP. Aku harap mereka bawa nama UniKL ke tempat yang lebih tinggi.


Dan insyaAllah Januari 2015 nanti aku dan Azwa akan ke Debat Antara UniKL untuk piala Tun TakIngatNama. Semoga kami akan terus tabah dibelasah Jord sepanjang latihan nanti.





Dari kiri :
Afi, Azwa, Kak Syifa, Qila, Miss Dya, En Kamarul, Haikal, Alieff dan Jord


**********


Sepanjang aku cuba bangun dari sangkar kemurungan dan cuba menghilangkan persepsi "I'm a worthless piece of dust who wasn't worth anything." - Aku telah temu banyak warna baru.


Sebagaimana yang aku katakan, aku tidak sembuh sepenuhnya. Aku tidak bebas sepenuhnya dari masa silam dan kepingan-kepingan hati yang hancur juga masih belum bercantum. Tetapi aku memilih untuk terus bernafas. Dan terus melakar setiap warna-warna baru yang aku temu bagi memenuhi kanvas kosong yang suatu masa dahulu hitam berdebu.


Aku lakukan apa saja yang terdaya untuk keluar daripada zon selesa.


Melihat dunia dari perspektif baru.
Mengenal manusia-manusia yang masih bersisa dengan hati yang luhur.


Mungkin hati ini masih luka. Mungkin aku masih sukar mempercayai sesiapa lagi selepas kejadian itu. Mungkin aku masih sembunyikan duka yang ada dibalik senyum girang. Mungkin aku belum benar-benar melepaskan masa silam.


Tetapi aku tidak menyesal.
Tidak sekali-kali aku menyesal memilih untuk terus berjuang demi mencari penamat yang sebaik-baik sifat penamat.


Kembali kepada fitrah manusia yang mencari Tuhannya.

No comments: