Jan 19, 2015

Akhir Tahun Dua


Hidup sudah mula tunggang-terbalik.



Usai menduduki peperiksaan akhir modul bagi Urinary & Reproductive System. Dan sedang menjalani modul terakhir bagi fasa pra-klinikal iaitu Nervous System (paling susah paling gila paling banyak paling berat paling astagaparrrr).



Gonna sit for my Professional Examination of Year Two MBBS on 29-30 March and 1 April 2015. My very last examination before entering clinical years, the one I've been looking forward to since my day one here!



(Beriya nak masuk clinical years dan bertapa kat hospital padahal ilmu masih seciput hidup segan mati tak mahu melekat dalam kepala mashaAllah selamatkanlah daku aku takmau kena balun dengan doktor nanti!)



I've started my revision and study weeks. And.... Those who knew me since the day I built up this blog will understand how awful and zombified my life will be every time examination period strikes me ahah! Jadual tidur berterabur, makan minum tak terurus, mandi sehari sekali (exam haritu kritikal gila mandi dua hari sekali kot!), katil bersepah, baju tak berlipat dan kehidupan sosial mohon jangan dipersoalkan kerana housemates sendiri pun tak yakin aku masih hidup atau tidak mereput memanjang dalam bilik depan meja belajar.
 
 
 
Aqila's Exam Week starter kit :


- Jam loceng
- Baju tak bertukar tiga hari
- Nasi dan telur kicap
- Milo panas
- Krim pencerah bawah mata
- Comforter 3 in 1 (berfungsi sebagai bantal, tilam dan selimut sekaligus)



...
 
 

Mohon diperkuatkan hati untuk menempuh tahun kedua perubatan sebelum mendedikasikan hidup sepenuhnya di hospital selama tiga tahun lagi. Sekarang beriya tak menyabar nak duduk hospital, kejap lagi meroyan sebab penat dan merungut pulak rindu nak duduk tenang dalam lecture hall tersengguk-sengguk tahan ngantuk hahaha! Okay jap baru teringat dengan bangganya aku nak menulis rekod bahawasanya aku berjaya berjaga dalam lecture hall selama sebulan tanpa tidur! Banzai!!



Bakal menganaktirikan blog sekejap.
Lepas lulus peperiksaan baru aku balas dendam bertapa depan media sosial cukup-cukup .



Jadi mohon didoakan, sesiapa saja yang terdetik diizinkan membaca ruangan yang ini :) Doakan Aqila lulus peperiksaan akhir tahun dua dan direzekikan menapak ke Tanah Gandhi Julai ini!



Kerana aku mahu terus memanjat tangga esok tanpa melihat rapuhnya akar semalam.