Feb 28, 2015

Student Representative Committee (SRC) UniKL RCMP 15/16


Aku sedang sibuk mengarut-ngarut dalam group WhatsApp bersama-sama geng Kundur yang lain selepas pulang daripada makan bersama di Subway apabila tiba-tiba keputusan pilihanraya kampus keluar dan menjadi viral di group masing-masing.


Sejurus itu terus aku jatuhkan handphone dari tangan sebab tachycardia memuncak dan beberapa saat selepas itu handphone aku terus hang dihujani notifications.


Melihatkan keputusan itu, seolah-olah ada satu suis yang dipetik dan aku terlihat perjalanan beberapa bulan akan datang dipenuhi dengan cebisan-cebisan flashforward aku menangis, mengesat peluh dan menelan setiap satu yang sukar.




Kedua tertinggi (....)


Jujur aku katakan, walaupun sebelum ini aku jelaskan aku hanya mahu mencabar keselesaan diri dan melihat sejauh mana aku mampu keluar daripada lingkungan introvert, tak tersangka pula sebegini akhirannya. Beriya pulak sebelum ini aku bajet-bajet kalau dapat undian ketujuh tertinggi daripada tujuh pun jadilah wahahahahaha amekkau memang 250% tercampak jauh daripada zon selesa gamaknya!


Dan disebalik setiap ucapan tahniah yang penuh terakam di seluruh mana-mana media sosial yang aku wujud, perkara pertama yang aku fikirkan hanya berkisarkan persoalan-persoalan yang tak berbentuk sebegini -


"Mampu ke?"
"Apa nak jawab pada Tuhan kalau aku salahguna semuanya?"
"Kalau orang benci aku nanti macam mana?"
"Layak ke?"


Sejurus selepas itu juga aku mengerekot sorang-sorang atas katil tarik selimut berselubung dan gigit jari menggigil takut.


Amanah besar woi, siapa tak gementar?!


Beberapa minit selepas itu baru aku capai semula handphone dan membalas (dengan penuh berwaspada agar tak ketara sangat tremor nya) segala ucapan tahniah yang datang daripada kawan-kawan MBBS, BPharm, Dip. dan mantan-mantan JPM tahun sebelumnya. Perlahan-lahan, aku tanamkan semula dalam hati untuk mengingati niat serta tujuan asal akan mengapa aku bersetuju untuk menyerah diri menerima amanah yang satu ini.


Tuhan punya cara yang tersendiri, tentang bagaimana Dia membalas setiap satu yang aku kalamkan dalam doa ketika diri mencari cara mahu memaknakan hidup. Tentang bagaimana Dia menyalurkan jalan untuk melabur kekuatan yang selama ini aku simpan sendiri. Tentang bagaimana besar sekalipun perancangan aku, hanya Dia yang berkuasa tentukan haluannya.


Biarpun sedikit lega, aku tak nafikan malam itu aku bergolek-golek sepanjang mahu lelapkan mata. Terfikir bagaimana hari esok akan aku hadapi selepas bahu diletak satu harapan suara sekalian mahasiswa yang akan aku perjuangkan sebagai hak mereka kelak.


Harapan aku cuma satu -


Ingatkanlah apa-apa yang aku terlupa dan tegurlah jika ada kekurangan dimana-mana. Sungguh, besar harapan aku agar hati ini tidak turut sama terbang melangit mengikut rentak kaki yang menjulang mahu memijak kayangan.


Terima kasih, Tuhan. Perkuatkanlah sekalian kami.

Feb 24, 2015

UniKL RCMP SRC Election 2015/2016


I'm such a pseudo-extrovert who got an introvert soul as a core.


I prefer solitude and deep connections with people around my small social circle, yet I enjoy getting in touch with new people. Alphabets and paintings are my strength, as a solid bridge for me to channel all my emotions and pour my heart out. But I'm also kinda good in words and public speech, and have no problems speaking in front of a crowd. Sometimes whenever I'm in a blooming mood, this world seems like a sunnyside playground and I'll do anything to run across everything. But whenever gloomy day strikes in, I just wanna shut myself away from people, lay down on bed and die.


Kinda ambivert.
(And maybe a weirdo).




And so, this happens.


Ketika aku menghantar nama untuk disenaraikan sebagai calon Student Representative Council (SRC) atau Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (JPM) UniKL RCMP, satu-satunya yang berlegar dalam kepala ialah aku mahu lakukan sesuatu yang akan mencabar perletakan zon selesa yang selama ini beku aku pasakkan tiang tebal.


Walaupun mungkin aku hanya pernah menjadi pengikut yang baik, untuk sekali ini, untuk pertama ini, selepas bertahun-tahun, sisi introvert itu aku cuba perbaiki dan sisi extrovert itu aku cuba perhalusi. Tidaklah mahu mengubah personaliti, sekadar ingin melakukan sesuatu diluar rutin dan norma.


Aku tidak mahu suatu hari nanti, penyesalan kerana hidup berbumbungkan keselesaan itu tiba dan hidup yang cuma sekali ini aku bazirkan dengan mengambil jalan selamat yang memberi risiko minimum untuk apa-apa perkara. Aku tidak mahu terjaga daripada tidur suatu hari nanti di masa hadapan (andai masih ada izin) dan menyesali segala peluang yang terbazir. 


Semuanya kerana sifat tidak berani mengambil risiko mencuba setiap satu yang baru.


Jadi aku putuskan, aku mahu mencabar diri :)


Menang atau tidak, diterima atau ditolak, yang menjadi perkiraan ialah usaha dalam mencuba. Kerana sebagaimana sifat aku yang orang-orang dekat sedia maklum (dan kerap kali dianggap degil),  aku sentiasa meletakkan usaha setinggi dan semampunya jika mahu mencapai apa-apa. Hanya selepas segala usaha itulah - Walaupun titik akhirnya mungkin tidak seperti yang aku harapkan, sekurang-kurangnya kecewa itu tiada. Puas, kerana telah meletakkan segala daya. Meskipun tidak beroleh apa yang dikejar, aku tidak akan malu dengan diri sendiri.


Aku tahu apa yang aku mahu.
Dan itu sudah cukup.


Kempen bersempena penamaan calon sedang berjalan. Dan 26 Februari ini merupakan hari pengundian. Aku.. Aku sedang cuba mengelap peluh setiap kali mahu menempel poster dimana-mana laman sosial dan persekitaran kampus (malu tau dak wahahahahahahhuhuhuhu aku noobies kot!)


Tak apa. Perlahan-lahan bertatih.


Mengetahui bahawa orang-orang yang aku sayangi sedia menyokong walaupun berlainan universiti sudah cukup menggembirakan aku. Emm tapi yang membahan pun ada juga. Emm hmmmm takpelah kita positif je *balut luka yang tercalar*


---


Aku mahu menjadi bintang kepada diri sendiri.

Feb 11, 2015

Kucing




Pernah sekali aku letak Umi Hurairah sebagai nama pena.
Luls.


* * * * * * * * * *


Keluarga aku terdiri daripada lima orang, dan kesemuanya boleh bercakap tentang kucing like the back of our hands. Sejak kecil, dah tak terkira banyaknya kucing yang lahir, hidup dan mati yang pernah kami bela. Kalau campur kucing yang sukarela menetap dan yang dikutip dari tepi jalan, aku fikir rumah aku sudah boleh buka Pusat Perlindungan Kucing Meow Meow.


Aku jumpa kucing ini di Restoran Dapur Ibu berhadapan kolej. Gemuk dan gebu asdfghjkl aku histeria sebaik saja nampak aku terus terkam dan dukung sambil menahan muka dari disepak-sepak oleh kaki berbulu dia.


Aku hantar gambar ini ke group WhatsApp keluarga.
Dan bermulalah perbincangan ilmiah bertemakan makhluk berbulu.


(Aku dan adik-adik boleh bersembang tentang jenis-jenis kucing serta baka dan sejarah mereka berjam-jam lamanya! Knowledgeable bebebor kalau bab luar daripada buku ni.)


Aku : Jumpa si domok (gemuk) ni kat restoran. Jomlah bela satu!


Ameen : Gemuk macam Wafi.


Adik : Tapi Wafi lagi comel ~


Aku : Nanti kakak nak bela Maine Coon lah. Sepuluh kali ganda lagi nakal dari Fluffy dengan Cookie (kucing kat rumah).


Ameen : Bela lah Savannah. Savannah baka besar.


Aku : Mana ada, Maine Coon lagi besar dan gebu lah!


Ameen : Savannah yang paling besar lah kakak. Ameen taulah!


Aku : Tapi Maine Coon lagi lincah + gemuk + gebu!


*Ameen tak puas hati lalu screencap dari website dan hantar ke group*


Ameen : Tengok ni. Kucing pertama terbesar ialah Savannah. Kedua Rag Doll. Ketiga baru Maine Coon boooo kakak!


Aku : Yang penting kakak nak Maine Coon. Nanti Ameen beli Savannah, adik beli Rag Doll. Biar Fluffy dengan Cookie kat rumah penyek kena tindih.


*Dan conversation pelik keluarga yang obses dengan kucing pun berterusan tak sudah*



* * * * * * * * * *



Hari ini berita tentang status kami pelajar-pelajar Vinayaka Missions University menemui titik pasti. 


Aku stress.
Aku masak spaghetti.


Malangnya lepas tiga pinggan aku telan masuk mulut baru aku sedar daging yang aku guna dah tak elok.


Berbahagialah sepanjang malam aku melawat tandas tanpa jemu.

Feb 10, 2015

Ipoh-UTP-Teluk Batik




My kind of sweet sa rang.
(pandai guna vocab Korea dah sekarang)


Eh rhyme lah! Hiks


* * * * * * * * * *


I've always love unplanned journey. Not to mention any kind of small gesture upon surprise! Though I've usually hated myself because I can always predict any surprise attempt made by people to me gahhhh it hurts because I have to pretend like I really have no idea when the surprise came!


(Well then, its my fault for having such high sense of realizing something that lies beneath anything hahaha~)


Last Saturday, I've made a plan with my fellow studygroup peeps to have a whole-day-studying and sleepover at my house. Since final Year Two is just around the nearest corner, I've made a vow to myself not to waste every single second of time passing thru. So I tied a white piece of flag around my head and cramming upon each piece of papernotes! -- Gebang lebih. Tapi lebih kurang la luls.


Thats when Nina WhatsApp-ed me, telling they're going to Ipoh and asked me to come over. 


And so I stucked between my study plan with my studymates and a simple mini getaway with my ex schoolmates.


Urghh.


But after a mountain of guilt and persuasive words to my studymates, they told me its okay if I wanted to meet my friends. Actually I still have a lil bit sense of guilt towards them but then I promised myself I'm going to make it later with them. Its been so long since I last meet any of my schoolmates! Walaupun kawan studygroup kata dorang tak kisah sebab tetiba aku tukar plan, aku tetap rasa bersalah tapi dalam masa yang sama hati memihak maha hebat kepada ajakan Nina wuuuu boleh faham kan persimpangan aku gimana?


And so I went to meet Nina, Ana, Nonoi and Raihan.


Sambil letak stick notes bertubi-tubi dalam kepala untuk cover balik semua lecture slides yang sepatutnya aku cover haritu.


Apalah salahnya kan. Korbankan sikit masa belajar untuk orang yang dah berkorban banyak benda untuk aku sehingga aku jadi seperti ini, hari ini. Mereka yang aku simpan kemas dalam hati selepas keluarga :)


And there goes my weekend -


Went to Raven's family restaurant Nasi Ayam Ohsem, watched The Wedding Ringer (bantai gelak satu movie hall and I gave 8.5/10 for that movie!) and stopped by Raihan's house for prayers. Then since I'm reluctant to let them go, I took my ass off to UTP and spend the night there in Nina and Nonoi's room. The next morning, Ana merengek-rengek bising satu bilik suruh semua orang bangun sebab dia lapar dan nak berjalan ke Lumut. Tapi dia lupa aku dan Nina ada penapis telinga yang cukup hebat untuk buat bodoh je sambil pejam mata sambung tidur hahahaha sorry not sorry lah Ana!


Ahad aku pun berlalu dengan berjalan ke Teluk Batik, naik bot 15 minit dan patah balik ke Ipoh. By the way penat aku merayu ajak Nina dan Ana naik banana boat tapi deme tak layan permintaan aku. Sedih teruk.


Its a short getaway with my loved ones, but somehow up till now, whenever I flipped thru the pages on my Anatomy book, aku akan teringat semula Raihan yang bertanyakan aku akan penyakit degenerative yang dialami nenek dia. Aku akan teringat Nonoi yang sibuk pakai stethoscope aku pastu teruja nak dengar bunyi degupan jantung sendiri. Aku akan teringat Ana dan Nina yang buatkan aku rasa seronok bercerita pasal belajar Anatomy dengan mayat. Mungkin aku dah terlalu biasa untuk tak rasa apa-apa bila pegang mayat, jadi aku macam terlebih gembira sikit bila Ana buat muka terkejut sambil "Eeeeee!" bila aku kata aku siap terasa lapar setiap kali pegang mayat sebelum lunch hour.


Tenung mayat + Lunch hour = Lapar gila.
Okay memang cuma aku sorang rasanya yang anggap benda itu normal.


Benda-benda ringkas yang aku sendiri tak faham kenapa boleh bawa kegembiraan yang sebegitu dalam. Kadang takde apa pun. Tapi kesannya lain macam.


Macam masa duduk lepak ramai-ramai dalam bilik kat UTP, Nonoi cakap aku sebiji macam watak dalam cerita hantu Inggeris - Pakai gaun tidur warna putih dengan rambut mengurai. Benda remeh. Tapi aku rasa gembira sangat! Maybe because she still remember how I usually looked like (and up till now) when we're both roommates back then during our Form Four year.


Dan bila aku merayu sehabis baik pada Nina dan Ana untuk ikut sama naik banana boat kat Teluk Batik, ayat Nina - "Kita kena jaga keselamatan Qila ni Ana. Kalau dia takde nanti, habis hilang sorang bakal doktor negara kita." Ayat simple. Nada gurau. Tapi aku sungguh benar-benar nak peluk Nina dan Ana masa tu juga. 


Sebagaimana semua kerisauan dan ketakutan aku pudar setiap kali bersalam dengan mama sebelum pulang ke Ipoh menaiki bas dan mama akan peluk sambil cakap "Jangan risau, semua akan baik-baik je nanti."


It fades away. All those stress I gained due to weeks of cramming myself with books and studies. Went home to Ipoh with a devotion of telling myself I will never ever gave up upon my dream. Allah believes in me. Same goes to my family and friends. Thus, I myself believe in me and nothing could ever snatched it away.


Love, appreciation and simple gesture of remembrance.


I thanked God for still having these people in my life.

Feb 2, 2015

Jenis


Ada pelbagai jenis pelajar perubatan di sekeliling anda.


Ada yang datang kelas awal 30 minit kemudian terus duduk dan buka buku. Kawan duduk sebelah ajak sembang pun tak layan.


Ada yang datang kelas, letak beg dan terus meluru ke kafe untuk sarapan berkalori tinggi.


Ada yang datang kelas dan sambung tidur sementara tunggu lecturer masuk. Kadangkala straight tidur sampai habis lecture tak bangun-bangun.


Ada yang datang kelas terus riuh sekampung, terutamanya kalau lepas cuti seminggu.


Ada yang datang kelas dan terus buat kumpulan berbincang pasal penyakit yang baru belajar hari sebelumnya.


Ada yang datang kelas lewat 40 minit dan masuk senyap-senyap ikut pinti belakang dengan harapan lecturer tak perasan.


Ada yang tak datang kelas terus.


Dan ada juga golongan pelajar perubatan seperti aku, hujung minggu mereput dalam bilik stay up mengadap movie dan kadangkala buku, hari Isnin datang kelas terus menguap lalu tersengguk-sengguk dan bila dah tak tahan mengantuk, capai beg dan cabut lari balik ke rumah untuk sambung tidur.


Ya, sebagaimana iman yang turun naik dan hati yang berbolak balik, kerajinan juga ada pasang surutnya.


Inilah dia hidup yang sementara. Banyak ujiannya.

Feb 1, 2015

Bertahun Kasih






Jarang dapat aku berhubung dengan Farah. Dia jauh di Mesir, bersama perbezaan waktu yang menelan kedua zon masa dan jadual harian.


Hari ini berkesempatan untuk Skype bersamanya. Kali terakhir aku lihat dia, beberapa hari sebelum dia bertolak pulang ke bumi Iskandariah.


"Aku nak potong rambutlah. Dah lama sangat aku bela ni. Dari Form Five. Rimas!"


"Jangan Qila! Tunggu aku balik Malaysia dulu bulan tujuh nanti. Bagi aku belai rambut kau puas-puas dulu, baru kau boleh potong. Okay?"


Tergelak aku apabila teringat janji yang aku katakan padanya dulu. Untuk menyimpan rambut yang sama sehingga habis ijazah. Nonsense betul.


"Aku takde semangat sangat nak belajar ni. Asyik tidur je. Cemana ni?"


"Takpe, biasalah tu Qila. Study kan memang penat. Tapi kau fikir camni je. Bila kau sakit nanti, kau harap kau nak jumpa doktor yang macam mana? Kau belajarlah supaya kau dapat jadi macam doktor yang kau nak nanti."


Senyum lebar yang tak pernah habis untuknya.


My favourite angel.


Kawan baik yang aku temu sewaktu Tingkatan Satu. Sehingga kini, masih tetap dia antara yang paling aku kasih dan simpan luhur dalam hati.


Biar apa pun pahit yang datang, aku berjanji pada diri. Tidak akan sekali-kali aku bina dinding tebal antara aku dan mereka yang tak pernah membuang diri ini.


Dan satu janji terakhir yang aku dan dia sama-sama setuju sebelum mengakhiri panggilan video tadi masih buat aku tersenyum girang sehingga kini.


"Kita housemanship kat Sabah sama-sama tau. Kalau kau sedih kena marah dengan doktor, kau nangis je kat aku. Kita tidur satu bilik satu katil macam selalu."


Akan aku tunggu hari kita bersama berjalan dengan kot putih.


Semoga dalam jagaan Dia, kesayangan.