Feb 1, 2015

Bertahun Kasih






Jarang dapat aku berhubung dengan Farah. Dia jauh di Mesir, bersama perbezaan waktu yang menelan kedua zon masa dan jadual harian.


Hari ini berkesempatan untuk Skype bersamanya. Kali terakhir aku lihat dia, beberapa hari sebelum dia bertolak pulang ke bumi Iskandariah.


"Aku nak potong rambutlah. Dah lama sangat aku bela ni. Dari Form Five. Rimas!"


"Jangan Qila! Tunggu aku balik Malaysia dulu bulan tujuh nanti. Bagi aku belai rambut kau puas-puas dulu, baru kau boleh potong. Okay?"


Tergelak aku apabila teringat janji yang aku katakan padanya dulu. Untuk menyimpan rambut yang sama sehingga habis ijazah. Nonsense betul.


"Aku takde semangat sangat nak belajar ni. Asyik tidur je. Cemana ni?"


"Takpe, biasalah tu Qila. Study kan memang penat. Tapi kau fikir camni je. Bila kau sakit nanti, kau harap kau nak jumpa doktor yang macam mana? Kau belajarlah supaya kau dapat jadi macam doktor yang kau nak nanti."


Senyum lebar yang tak pernah habis untuknya.


My favourite angel.


Kawan baik yang aku temu sewaktu Tingkatan Satu. Sehingga kini, masih tetap dia antara yang paling aku kasih dan simpan luhur dalam hati.


Biar apa pun pahit yang datang, aku berjanji pada diri. Tidak akan sekali-kali aku bina dinding tebal antara aku dan mereka yang tak pernah membuang diri ini.


Dan satu janji terakhir yang aku dan dia sama-sama setuju sebelum mengakhiri panggilan video tadi masih buat aku tersenyum girang sehingga kini.


"Kita housemanship kat Sabah sama-sama tau. Kalau kau sedih kena marah dengan doktor, kau nangis je kat aku. Kita tidur satu bilik satu katil macam selalu."


Akan aku tunggu hari kita bersama berjalan dengan kot putih.


Semoga dalam jagaan Dia, kesayangan.