Feb 24, 2015

UniKL RCMP SRC Election 2015/2016


I'm such a pseudo-extrovert who got an introvert soul as a core.


I prefer solitude and deep connections with people around my small social circle, yet I enjoy getting in touch with new people. Alphabets and paintings are my strength, as a solid bridge for me to channel all my emotions and pour my heart out. But I'm also kinda good in words and public speech, and have no problems speaking in front of a crowd. Sometimes whenever I'm in a blooming mood, this world seems like a sunnyside playground and I'll do anything to run across everything. But whenever gloomy day strikes in, I just wanna shut myself away from people, lay down on bed and die.


Kinda ambivert.
(And maybe a weirdo).




And so, this happens.


Ketika aku menghantar nama untuk disenaraikan sebagai calon Student Representative Council (SRC) atau Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (JPM) UniKL RCMP, satu-satunya yang berlegar dalam kepala ialah aku mahu lakukan sesuatu yang akan mencabar perletakan zon selesa yang selama ini beku aku pasakkan tiang tebal.


Walaupun mungkin aku hanya pernah menjadi pengikut yang baik, untuk sekali ini, untuk pertama ini, selepas bertahun-tahun, sisi introvert itu aku cuba perbaiki dan sisi extrovert itu aku cuba perhalusi. Tidaklah mahu mengubah personaliti, sekadar ingin melakukan sesuatu diluar rutin dan norma.


Aku tidak mahu suatu hari nanti, penyesalan kerana hidup berbumbungkan keselesaan itu tiba dan hidup yang cuma sekali ini aku bazirkan dengan mengambil jalan selamat yang memberi risiko minimum untuk apa-apa perkara. Aku tidak mahu terjaga daripada tidur suatu hari nanti di masa hadapan (andai masih ada izin) dan menyesali segala peluang yang terbazir. 


Semuanya kerana sifat tidak berani mengambil risiko mencuba setiap satu yang baru.


Jadi aku putuskan, aku mahu mencabar diri :)


Menang atau tidak, diterima atau ditolak, yang menjadi perkiraan ialah usaha dalam mencuba. Kerana sebagaimana sifat aku yang orang-orang dekat sedia maklum (dan kerap kali dianggap degil),  aku sentiasa meletakkan usaha setinggi dan semampunya jika mahu mencapai apa-apa. Hanya selepas segala usaha itulah - Walaupun titik akhirnya mungkin tidak seperti yang aku harapkan, sekurang-kurangnya kecewa itu tiada. Puas, kerana telah meletakkan segala daya. Meskipun tidak beroleh apa yang dikejar, aku tidak akan malu dengan diri sendiri.


Aku tahu apa yang aku mahu.
Dan itu sudah cukup.


Kempen bersempena penamaan calon sedang berjalan. Dan 26 Februari ini merupakan hari pengundian. Aku.. Aku sedang cuba mengelap peluh setiap kali mahu menempel poster dimana-mana laman sosial dan persekitaran kampus (malu tau dak wahahahahahahhuhuhuhu aku noobies kot!)


Tak apa. Perlahan-lahan bertatih.


Mengetahui bahawa orang-orang yang aku sayangi sedia menyokong walaupun berlainan universiti sudah cukup menggembirakan aku. Emm tapi yang membahan pun ada juga. Emm hmmmm takpelah kita positif je *balut luka yang tercalar*


---


Aku mahu menjadi bintang kepada diri sendiri.

No comments: