Feb 2, 2015

Jenis


Ada pelbagai jenis pelajar perubatan di sekeliling anda.


Ada yang datang kelas awal 30 minit kemudian terus duduk dan buka buku. Kawan duduk sebelah ajak sembang pun tak layan.


Ada yang datang kelas, letak beg dan terus meluru ke kafe untuk sarapan berkalori tinggi.


Ada yang datang kelas dan sambung tidur sementara tunggu lecturer masuk. Kadangkala straight tidur sampai habis lecture tak bangun-bangun.


Ada yang datang kelas terus riuh sekampung, terutamanya kalau lepas cuti seminggu.


Ada yang datang kelas dan terus buat kumpulan berbincang pasal penyakit yang baru belajar hari sebelumnya.


Ada yang datang kelas lewat 40 minit dan masuk senyap-senyap ikut pinti belakang dengan harapan lecturer tak perasan.


Ada yang tak datang kelas terus.


Dan ada juga golongan pelajar perubatan seperti aku, hujung minggu mereput dalam bilik stay up mengadap movie dan kadangkala buku, hari Isnin datang kelas terus menguap lalu tersengguk-sengguk dan bila dah tak tahan mengantuk, capai beg dan cabut lari balik ke rumah untuk sambung tidur.


Ya, sebagaimana iman yang turun naik dan hati yang berbolak balik, kerajinan juga ada pasang surutnya.


Inilah dia hidup yang sementara. Banyak ujiannya.

No comments: