Feb 11, 2015

Kucing




Pernah sekali aku letak Umi Hurairah sebagai nama pena.
Luls.


* * * * * * * * * *


Keluarga aku terdiri daripada lima orang, dan kesemuanya boleh bercakap tentang kucing like the back of our hands. Sejak kecil, dah tak terkira banyaknya kucing yang lahir, hidup dan mati yang pernah kami bela. Kalau campur kucing yang sukarela menetap dan yang dikutip dari tepi jalan, aku fikir rumah aku sudah boleh buka Pusat Perlindungan Kucing Meow Meow.


Aku jumpa kucing ini di Restoran Dapur Ibu berhadapan kolej. Gemuk dan gebu asdfghjkl aku histeria sebaik saja nampak aku terus terkam dan dukung sambil menahan muka dari disepak-sepak oleh kaki berbulu dia.


Aku hantar gambar ini ke group WhatsApp keluarga.
Dan bermulalah perbincangan ilmiah bertemakan makhluk berbulu.


(Aku dan adik-adik boleh bersembang tentang jenis-jenis kucing serta baka dan sejarah mereka berjam-jam lamanya! Knowledgeable bebebor kalau bab luar daripada buku ni.)


Aku : Jumpa si domok (gemuk) ni kat restoran. Jomlah bela satu!


Ameen : Gemuk macam Wafi.


Adik : Tapi Wafi lagi comel ~


Aku : Nanti kakak nak bela Maine Coon lah. Sepuluh kali ganda lagi nakal dari Fluffy dengan Cookie (kucing kat rumah).


Ameen : Bela lah Savannah. Savannah baka besar.


Aku : Mana ada, Maine Coon lagi besar dan gebu lah!


Ameen : Savannah yang paling besar lah kakak. Ameen taulah!


Aku : Tapi Maine Coon lagi lincah + gemuk + gebu!


*Ameen tak puas hati lalu screencap dari website dan hantar ke group*


Ameen : Tengok ni. Kucing pertama terbesar ialah Savannah. Kedua Rag Doll. Ketiga baru Maine Coon boooo kakak!


Aku : Yang penting kakak nak Maine Coon. Nanti Ameen beli Savannah, adik beli Rag Doll. Biar Fluffy dengan Cookie kat rumah penyek kena tindih.


*Dan conversation pelik keluarga yang obses dengan kucing pun berterusan tak sudah*



* * * * * * * * * *



Hari ini berita tentang status kami pelajar-pelajar Vinayaka Missions University menemui titik pasti. 


Aku stress.
Aku masak spaghetti.


Malangnya lepas tiga pinggan aku telan masuk mulut baru aku sedar daging yang aku guna dah tak elok.


Berbahagialah sepanjang malam aku melawat tandas tanpa jemu.

No comments: