Feb 28, 2015

Student Representative Committee (SRC) UniKL RCMP 15/16


Aku sedang sibuk mengarut-ngarut dalam group WhatsApp bersama-sama geng Kundur yang lain selepas pulang daripada makan bersama di Subway apabila tiba-tiba keputusan pilihanraya kampus keluar dan menjadi viral di group masing-masing.


Sejurus itu terus aku jatuhkan handphone dari tangan sebab tachycardia memuncak dan beberapa saat selepas itu handphone aku terus hang dihujani notifications.


Melihatkan keputusan itu, seolah-olah ada satu suis yang dipetik dan aku terlihat perjalanan beberapa bulan akan datang dipenuhi dengan cebisan-cebisan flashforward aku menangis, mengesat peluh dan menelan setiap satu yang sukar.




Kedua tertinggi (....)


Jujur aku katakan, walaupun sebelum ini aku jelaskan aku hanya mahu mencabar keselesaan diri dan melihat sejauh mana aku mampu keluar daripada lingkungan introvert, tak tersangka pula sebegini akhirannya. Beriya pulak sebelum ini aku bajet-bajet kalau dapat undian ketujuh tertinggi daripada tujuh pun jadilah wahahahahaha amekkau memang 250% tercampak jauh daripada zon selesa gamaknya!


Dan disebalik setiap ucapan tahniah yang penuh terakam di seluruh mana-mana media sosial yang aku wujud, perkara pertama yang aku fikirkan hanya berkisarkan persoalan-persoalan yang tak berbentuk sebegini -


"Mampu ke?"
"Apa nak jawab pada Tuhan kalau aku salahguna semuanya?"
"Kalau orang benci aku nanti macam mana?"
"Layak ke?"


Sejurus selepas itu juga aku mengerekot sorang-sorang atas katil tarik selimut berselubung dan gigit jari menggigil takut.


Amanah besar woi, siapa tak gementar?!


Beberapa minit selepas itu baru aku capai semula handphone dan membalas (dengan penuh berwaspada agar tak ketara sangat tremor nya) segala ucapan tahniah yang datang daripada kawan-kawan MBBS, BPharm, Dip. dan mantan-mantan JPM tahun sebelumnya. Perlahan-lahan, aku tanamkan semula dalam hati untuk mengingati niat serta tujuan asal akan mengapa aku bersetuju untuk menyerah diri menerima amanah yang satu ini.


Tuhan punya cara yang tersendiri, tentang bagaimana Dia membalas setiap satu yang aku kalamkan dalam doa ketika diri mencari cara mahu memaknakan hidup. Tentang bagaimana Dia menyalurkan jalan untuk melabur kekuatan yang selama ini aku simpan sendiri. Tentang bagaimana besar sekalipun perancangan aku, hanya Dia yang berkuasa tentukan haluannya.


Biarpun sedikit lega, aku tak nafikan malam itu aku bergolek-golek sepanjang mahu lelapkan mata. Terfikir bagaimana hari esok akan aku hadapi selepas bahu diletak satu harapan suara sekalian mahasiswa yang akan aku perjuangkan sebagai hak mereka kelak.


Harapan aku cuma satu -


Ingatkanlah apa-apa yang aku terlupa dan tegurlah jika ada kekurangan dimana-mana. Sungguh, besar harapan aku agar hati ini tidak turut sama terbang melangit mengikut rentak kaki yang menjulang mahu memijak kayangan.


Terima kasih, Tuhan. Perkuatkanlah sekalian kami.

No comments: