Mar 20, 2015

Sepuluh Hari Lagi


Aku & Peperiksaan Akhir Tahun Dua Perubatan.


Dua minggu berlalu sejak aku benar-benar tunggang terbalik jalani hidup yang tak terurus seumpama menunggu hari perkahwinan dan apa yang ada dalam tangan cuma kasut sepuluh ringgit yang tercabut tapaknya. Gitu.


Dan Aqila yang tipikal seperti biasa tak fikir apa-apa selain berlambak penyakit yang tak lekat-lekat masuk dalam kepala. Sebelum ini setiap kali exam, kebiasaannya aku akan mereput dalam bilik. Belajar atas meja, makan atas meja, tidur atas meja, meraung meroyan atas meja dan jikalau boleh solat dan mandi atas meja, dah lama aku buat.


Haru!


Tapi sejak seminggu ni bilik SRC di kampus sudah dinaiktaraf menjadi rumah nombor dua. Bangun pagi terus bersiap dan bertapa disana. Lima jam belajar, sejam uruskan hal kolej. Pastu sambung lagi berkurung dalam bilik tak makan tak minum tak jumpa matahari. Kadang-kadang Pak Presiden Mail join sama. Kadang-kadang Miera Suhaimi. Kadang-kadang segerombolan budak farmasi yang sama-sama nak exam tumpang sekaki belajar kat situ. And most of the time, I was there alone and lonely. Duduk atas lantai menganga depan meja jepun. Sedar-sedar dah tengah malam baru kalut nak minta tolong orang ambil dan hantarkan ke rumah. Emm tapi sebenarnya ikutkan hati aku nak tidur terus kat situ, malas nak susahkan orang. Emm tapi haritu dah kena bebel dengan Mail pulak sebab berani mati duduk kolej sampai malam buta sorang-sorang. Emm tapi lepas tu aku gigih je balas balik "Qila wanita gagah, tak kisah pun sorang-sorang!" Emm tapi kemudiannya Mail tembak balik "Gagah tak gagah jangan mengada Mail nak Qila balik sekarang jangan duduk sana kalau takde kawan nak teman!" Emm selepas itu aku berangkat pulang dengan hati yang sebal sambil membebel sebab Mail pegang kunci bilik SRC supaya aku takleh sesuka hati keluar masuk ikut jam yang aku suka k Mail k just k.


*tarik napas*


Berkenaan penggunaan bilik SRC, bukan sesuka hati aku guna nama yang ada untuk duduk dalam bilik tu. Nazrin yang merupakan mantan Timbalan Presiden tahun lepas sendiri pesan kat aku supaya jangan biarkan bilik SRC kosong krik krik tak diguna. Dia suruh rajin-rajin belajar kat sana and ajak ramai orang masuk bilik tu. Supaya pelajar tak rasa kekok dan boleh senang berurusan dengan SRC. Maka aku guna segala apa yang diamanatkan Nazrin kepada aku. Aku ajak ramai orang untuk mengimarahkan bilik SRC tapi disebabkan tengah musim exam, masing-masing pilih untuk mereput dalam rumah sendiri wahahahahahahaha k alone and lonely again.


*tarik napas lagi*
*sambung curahkan stress*


Risau teruk aku dah baca banyak kali pun tak ingat pastu kadang bila dengar nama penyakit aku jadi cam "Eh apasal aku tak pernah dengar nama ni?!" dan kadang masa tengah sibuk belajar tulang, otak aku fikir pasal hypothalamus pulak kemudian bila aku selak tajuk otak, aku stress dan hantuk kepala sebab tak habis study lagi. Tulang kemana hypothalamus kemana buku kemana kewarasan pun entah kemana. Bila dah penat study, aku buka Atlas untuk tengok lokasi salur darah dan nama saraf pastu aku bertambah stress sebab aku teringat balik tulang yang masih belum habis aku hafal nama arghhh cakor pale gini!!!


*pasang inhaler asthma*


Dan disebabkan final exam tak sampai sepuluh hari pun lagi, emosi aku ikut sama tunggang terbalik. Kadang orang cakap sikit je dah sentap. Sampai satu tahap aku duduk berkurung dalam bilik tak bercakap dengan orang langsung dan bila aku keluar, aku rasa nak marah semua housemate aku sebab tak bercakap dengan aku hahahahahhaha function sangat apa motif hidup macamtu pun tak tahu!


Aku baru teringat sesuatu.


Kali terakhir aku makan nasi adalah.... Enam hari yang lalu.... Aku..... Aku baru sedar perut aku pedih sebab asyik terisi dengan biskut dan coklat je.......


Dan aku bersedih sebab apa pun takde kat dapur rumah sewa.....


Aku.... Aku sambung jelah mereput depan buku....

No comments: