Mar 23, 2015

Rasa Percaya


Dia merupakan kawan perempuan yang mula rapat dengan aku semenjak berlalunya MSR September lalu.


Seharian menatap buku, aku dan dia keluar ke pekan Ipoh mencari apa-apa buat alas perut yang menjerit kosong. Walaupun aku bukan termasuk dalam golongan mereka yang obses menjelajah kafe-kafe hipster di sekitar Ipoh, aku turutkan juga selera kawan yang ini. Destinasi, El Negra.


Usai memesan makanan, aku dan dia sama merenung tingkap. Berbual kosong dan menghirup air yang dingin dengan ketulan ais.


Dan bila dia bersandar lalu terpacul daripada mulutnya, "Kau nak tau tak apa sebenarnya yang selalu aku maksudkan dulu?", aku lepaskan tawa kecil dan mengalih pandangan daripada tingkap.


"Lama sangat aku tunggu saat ni datang."
Dan aku teruskan memasang telinga.


Lalu dia bercerita.


Pertengahan cerita, dia berhenti. 
"Aku takkan cerita benda ni kat orang yang aku tak percaya."


Perlahan, dia menyambung ayat.
"Kau kena tahu yang aku percaya kau."


Aku senyum, agar dia yakin bahawa keputusannya untuk meletakkan kepercayaan keatas aku tidak tersasar.


Pulang ke rumah, aku teringat apa yang pernah diperkatakan kepada aku, beberapa hari yang lalu.


"Kau cerita pada aku sebab kau dah mula percayakan aku. Don't you worry. I'll make it worth."


Begitu rupanya rasa percaya.
Meletakkan risiko dalam satu taraf yang sama dengan keyakinan.


Bagi aku, kepercayaan merupakan yang terindah.
Kerana perlu seinci memasuki sisi peribadi, dan bukan terlahir mudah.


No comments: