Mar 3, 2015

Amanah Dan Perlaksanaan


Sehari selepas keputusan pilihanraya kampus diumumkan, tujuh orang daripada kami yang terpilih dipanggil ke mesyuarat serta perlantikan tidak rasmi sebagai anggota Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa sesi 2015/2016. Nasib baik Aqlan sudah beritahu awal-awal supaya pakai pakaian yang formal, kalau tak memang aku bantai je ikut rutin hari Jumaat aku pakai dress bunga-bunga dan cardigan. Agaknya kalau aku tak tukar baju kurung (definisi rendah hati aku sebagai pakaian formal), maunya kena halau dengan CEO. 


Atau mungkin cuma aku yang paranoid sebab orang lain tenang je pakai tshirt  dan tak kena tegur pun hahahaha get a grip lah Qila!


Perjumpaan pertama antara kami dengan pihak atasan hanya satu pertemuan ala-ala mesra yang tidak formal, sekadar mahu memperkenalkan diri dan memberi guideline kasar tentang tugasan kami sepanjang berkhidmat. Dan aku juga diberitahu bahawa sistem pentadbiran mahasiswa sudah diubah daripada Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (JPM) kepada Student Representative Committee (SRC). Beberapa penambahbaikan akan diperkenalkan dan sepanjang mesyuarat, aku cuba hadamkan setiap satu tanpa nampak macam tengah duduk dalam lecture hall sambil hafal nama salur darah.


But its too much, sebab aku pandang muka Ismail dan dia pun nampak termangu-mangu telan air liur sambil tahan gelisah. Rieza dan Addin yang selalunya outstanding pun tiba-tiba nampak aneh sebab duduk diam dan mengangguk senyap sambil sekali-sekala gelak hambar sepatah dua. Kalau bukan kerana aku duduk betul-betul bersebelahan CEO, dah lama aku ketawa terkekek-kekek.


Guess it wasn't just me. Everybody else were as afraid and shocked as I did.


Tahun ini, tujuh ahli SRC telah ditetapkan agar diwakili oleh empat orang pelajar Faculty of Pharmacy and Health Science (FPHS) dan tiga lagi daripada Faculty of Medicine (FOM). Disebabkan tahun lepas ketujuh-tujuh ahli JPM terdiri daripada pelajar perubatan dan menimbulkan rasa tak puas hati daripada FPHS, aku rasa tahun ini mereka ubah kerana taknak perkara yang sama berulang. 


Undian tertinggi dimiliki oleh Ismail, pelajar Bachelor of Pharmacy. Diikuti oleh aku dan kemudian Rieza (MBBS), Hannan (Dip. Physiotherapy), Amalina (Dip. Radiography), Addin (MBBS) dan Faiq (B. Pharmacy). Mengikut tradisi UniKL RCMP, calon yang mendapat undian tertinggi akan diangkat menjadi presiden. Ketujuh-tujuh kami bersetuju dan tak membantah sebab Ismail pernah ada pengalaman berkhidmat sebagai JPM dua tahun yang lepas. Kalau ditanyakan aku pun, selayaknya memang cuma dia yang boleh memegang amanah terbesar antara kami. Krik krik pulak kalau enam orang lagi ni terkapai-kapai takde tunjuk ajar daripada sesiapa.


Akhir mesyuarat, pemilihan untuk jawatan setiap ahli dijalankan melalui sistem undi majoriti dalam kalangan kami. Hasilnya, aku yang krik krik ini berkemungkinan besar akan habiskan tiga malam lagi berselubung dalam selimut untuk mencantum semula kekuatan diri yang agak bersepah. Maklum ler introvert baru keluar sarang.


Student Representative Committee UniKL RCMP 2015/2016
*baa dumm tsss*



President : Muhammad Ismail

Vice President : Aqila (bunyi cengkerik)

Executive Secretary : Amalina Nawwar

Welfare and Accomodation Exco : Muhamad Faiq

Sport, Recreation and Cultural Exco : Amierul Rieza

Academic and Spiritual Exco : Nabilah Hannan

Entrepreneurial and Public Relation Exco : Addin El Shahir



* * * * * * * * * *


Aku teringat apa yang Atiqah (Mak) pernah cakap pada aku. Antara perkara yang dia pandang sebagai 'sesuatu' pada aku ialah sifat aku yang tidak mudah mengalah, tahu apa yang aku mahu dan sentiasa mencari sisi positif untuk setiap perkara.


Terutamanya, "I put my trust on you."


Aku harap yang positif akan kekal dan bertambah baik seiring dewasanya aku.


InsyaAllah, aku cuba laksanakan semampunya, setiap satu yang dipertanggungjawabkan keatas aku ini.



* * * * * * * * * *



By the way cuma nak cakap yang sejak kebelakangan ni aku tak boleh terlewat balas WhatsApp sikit, mesti punya dapat ayat membahan camni -


"Takpe almaklumlah akak SRC kita busy, sibuk sign cheque dengan document lah katakannnnnnn ~"


Brengsek ya lo.

No comments: