Mar 29, 2015

Serah Bulat-Bulat


Hari Ahad.
Hari terakhir sebelum Isnin.


Bangun daripada tidur ketika azan subuh pagi tadi, seluruh badan aku seumpamanya mahu tercabut. Hujung setiap sendi pula sakit seperti diketuk bertalu-talu dengan tukul besi. Saat itu aku tahu, sistem imunisasi badan telah memutuskan bahawa suhu 37.5 darjah Celcius bukan lagi yang menjadi keutamaan.


Perks of having an immune system, it screws you up just on the very final day before your big examination comes up.


Dua biji Paracetamol aku telan dan terus tertidur. Terjaga hanya apabila Mak dan Syafia mengajak keluar untuk makan. Ayat pertama yang meluncur keluar ketika Syafia melihat aku - "Nampak sangat ni tak sihat." Aku sengih mengiyakan. Makan tiga biji takoyaki di Medan Selera Greentown Mall dan sepanjang itulah kepala aku mahu rebah di bantal.


Sedihnya rasa bila dah tak mampu nak baca apa-apa nota sebagai pecutan terakhir sebelum esok asdfghjkl.


Oh dan terima kasih Syafia sebab bagi kita dua botol pil vitamin tadi! Demam macam ni mulalah sensitip bebenor asyik rasa nak menangis je.


Pulang ke rumah, aku terus tercampak di atas katil. Tapi tak lama, kerana aku terbangun semula apabila Faiq dan Mail terpacak depan pagar rumah untuk meminta baju korporat mereka yang aku simpankan. Mereka berdua dan Amalina akan ke UniKL BMI untuk bengkel SRC dan Hi Tea bersama orang korporat. Aku, Rieza dan Addin? Mereput depan buku dan jawab peperiksaan :(


Dari jauh aku dah nampak Faiq tersengih-sengih. Seronok sangat gamaknya dia dah habis Mid Sem Examination Rabu lepas. Tapi budak-budak Farmasi memang ceria 24/7 aku rasa. Memanjang senyum.


"Study hard sangat kau ni Qila. Pucat muka kau tu!"


"Nak buat cemana kome kalau tak lulus nanti habislah aku."


Faiq membebel-bebel sekejap pasal sesuatu tapi apakan daya, yang aku nampak cuma bintang-bintang di atas kepala. Disebabkan aku dah terbiasa dengan bebelan Faiq tanpa mengira sebab dan waktu, aku angguk dan layankan saja. Aku harap Faiq tak hilang kepercayaan pada aku kerana selama ini aku sangat sabar menjadi pendengar yang setia.


"Jangan sampai tak lulus exam. Good luck!" 


Dasar kurang asam punya orang zzz. Aku nampak Mail buka tingkap kereta dan jengukkan kepala untuk ucap Good Luck juga. Aku angkat tangan, senyum dan terus masuk rumah. Menuju ke katil dan rebah sekali lagi.


Dua jam kemudian aku bangun dan menaip pada blog. Aku sendiri tak faham kenapa bila aku sudah ada kekuatan dan tenaga untuk mula belajar semula, aku lagha ke arah benda lain. Exaggerating much and jeopardizing my future.


Dan kini aku kembali merasakan that nausea sensation. Rasanya sebentar lagi aku akan tidur sambil mengelap air mata kudus mengenangkan peperiksaan esok.


Bai.

No comments: