May 19, 2015

Forum Ilmuwan Muslim Negeri Perak


Aku sangat-sangat menunggu program pembudayaan ilmu seperti ini. Mahasiswa perlu lebih kenyang dan hadam akan ilmu-ilmu baru yang akan membentuk fikiran serta diri yang lebih bertamadun.


InsyaAllah, semoga bermanfaat :)



* * * * * * * * * *



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga UniKL RCMP khususnya.


Untuk makluman semua, UniKL RCMP telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi program Forum Ilmuwan Muslim Negeri Perak Bersama Shaykh Dr Al Muhaddith Syed Muhammad Bin Yahya Al Husayni Al Ninowy (Professor of Anatomy and Physiology, University of Georgia, USA) dengan tajuk "THE APPLICATION OF ISLAMIC KNOWLEDGE IN MEDICAL PROFESSION". Program ini dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak bersempena dengan sambutan Hari Pertabalan DYMM Sultan Perak.


Sehubungan dengan itu, pihak universiti bersama kolaborasi daripada pihak SRC menjemput semua pelajar dan orang ramai untuk turut sama hadir bagi memeriahkan majlis ilmu tersebut.


Berikut merupakan butiran lengkap program :



Tarikh : 22 Mei 2015 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Multipurpose Hall (MPH), UniKL RCMP Kampus Greentown


Para hadirin diminta memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat bagi menghormati majlis. Semoga segala input yang akan diperolehi semasa majlis ilmu itu nanti boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian buat manfaat seluruh umat di dunia mahupun akhirat, insyaAllah.


Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh dirujuk pada Aqila (Timb. Presiden SRC) di 013-2790763.


Sekian, terima kasih.


"BERAMAL DENGAN ILMU, BERILMU UNTUK AMAL"

No comments: