Mar 8, 2017

Pecah Kaca Pecah Gelas


I'm not a grumpy person by nature.


Dan walaupun berulang-kali aku terpaksa hadapi the same shit from the same person, I usually tolerate with em. Bagi aku, kalau nak ikutkan sakit hati yang membara ni, lambat laun aku akan turut serta berjangkit dengan semua negativiti tersebut. And I've had enough with mine already.


But recently I got easily frustrated.


Makin lama aku bertolak ansur, makin menjadi-jadi pula. Seolah-olah disebabkan aku selalu mengalah dan memilih untuk melupakan serta memaafkan, perasaan aku diabaikan terus. Aku macam patung yang boleh orang tolak sana sini sesuka hati.


Semua dengan satu jaminan,
"Alah Qila tu takpe, dia okay je."


Bukan meminta untuk dibalas setiap budi dan kebaikan, cuma kalau tak mahu memudahkan janganlah pula menyusahkan.


Aku tak pernah berdendam dengan sesiapa. Marah macam mana pun tak pernah sampai terlintas dalam kepala untuk membalas dendam.


Kalaulah nak ikutkan semua sakit hati yang terkumpul, aku boleh jadi lebih syaitan daripada segala syaitan yang wujud.


Beberapa hari ini aku kerap terkesan, hatta perkara kecil sekalipun.
Dan segala kemarahan, sakit hati yang tersimpan semua melonjak.


Apa yang aku boleh cakap, jangan dicabar sabarnya orang yang sentiasa sabar.


Selagi tiada kata maaf yang aku terima, selagi itu aku takkan halalkan segala apa yang dilakukan. Jangan menilai aku jahat kalau engkau sendiri tak pernah baik pada aku.

No comments: