Beyond Past


DISCLAIMER :


This is an old story that I choose to keep because its one of a girl's unpublished success, in a journey where she finally found herself and learnt so much about whatever life has got to offer her. Therefore I'm going to let it stays here even when she's now completely in a different world.


* * * * * * * * * *


Assalamualaikum.


Whats with the name The Fruitcake Special?


Well The Fruitcake Special is simply just a short story in English literature's syllabus. Its about a girl named Anna who developed a huge crush on David Amos and the only way David Amos could noticed her is when she wear a magic perfume made up of  fruitcake.


When I was in my Form Five year, I've played a part of Anna during our short drama presentation. And that particular someone became David Amos. That's how I've put Anna as my interface in this blog, since the story goes more or less likely with my reality.


A one sided love story for almost five years.


And I'd like to see how this story goes along until it found it's end.


Oh and by the way, forever seems a good type of end.
I'm just saying.


* * * * * * * * * *


The Fruitcake Special has finally found a closure.
After five years of wanting, waiting and hoping, he finally gave me the answer.


(i)
30 Januari 2015.
David to Anna.


"Meski berat namun aku terpaksa
Jika dengan kemarahan kau dapat pulihkan kau dari aku, jadi marahlah sekuat hatimu
Pendam kebenciaan paling dalam dari hatimu untuk membenci aku
Padam semua ingtan kau tentang aku dari hari pertama kau lihat aku
Biar kataku kasar agar kau boleh membenci aku sepenuhnya."


"Jangan pernah cari aku
Jangan pernah hadir rapat
Jangan cuba hubungi daku
Jangan cuba mengingatiku
Jangan wujudkn lambaian dengan senyumanmu
Hiduplah kau dengan nafas yang lebih segar dan baru."


"Sekalipun di masa depan bertemu, itu lah pertemuan pertama
Seperti orang asing melihat mahluk yang lain."


(ii)
7 Februari 2015.
Anna to David.


Hari-hari yang berlalu selepas aku bebas daripada menunggu.


Aku sangka selepas dia benar-benar menyuruh aku melupakan dan jangan lagi menyimpan perasaan, aku akan hidup dalam kesedihan sebagaimana sebelumnya sewaktu aku mengetahui perasaan ini tidak berbalas.


Tapi tidak.


Ironi, kerana sebaik sahaja secara berterus-terang dan rasminya perasaan yang aku simpan selama lima tahun ini ditolak oleh dia, buat pertama kalinya aku boleh tidur dengan kesedihan, tetapi lena dan tenang.


Seolah-olah ini yang aku tunggu bertahun-tahun.


Mungkin iya, yang aku tunggu sebenarnya jawapan. Selepas segala usaha yang aku lakukan agar dia terdetik untuk membalas perasaan ini. Selepas bertahun-tahun aku mengejar dan menunggu, berharap dia akan melihat aku yang sentiasa ada dihadapannya.


Jawapan akhir : Ya atau Tidak.
Itu yang sebenarnya aku tunggu.


Mungkin kerana itu, walaupun jawapan akhir daripada dia adalah Tidak, sekurang-kurangnya segala usaha aku menemui titik akhir. Ada jawapan. Bukan seperti sebelumnya, tergantung dan terawang-awang.


Dan walaupun jawapan itu sedikit sebanyak memberi duka, sekurang-kurangnya aku sudah jumpa penamat. Itu yang sebenarnya memberi ketenangan kepada aku. Itu yang sebenarnya, yang sepatutnya, kau lakukan sejak dulu.


Kalau perasaan aku berbalas, katakan Ya.
Kalau tak berbalas, katakan saja Tidak.


Mudah.
Tak perlu kau buat sesiapa pun tertunggu-tunggu.


Memberi harapan itu sebenarnya sesuatu yang meracun.
Walaupun dengan alasan kau mungkin tidak sampai hati untuk berkata Tidak.
Beracun. Membunuh.


Jadi selepas ini, jika sahaja kau menemui seseorang seperti aku yang menyimpan rasa kepada kau, bersegeralah memberi jawapan. Jangan dibiar dia menunggu. Aku seorang cukuplah. Jangan dihuru-harakan kehidupan orang lain lagi selepas aku.


Terima kasih kerana memberi jawapan. Hari-hari yang berlalu selepas itu, aku jalani dengan sedikit kesedihan tetapi bahagia. Aku puas. Jawapan itu telah aku miliki. Dan kerana itu, terima kasih daripada aku untuk kau.


Aku baik-baik saja. Aku tersenyum setiap hari.
Aku tidak mengalami depresi sebagaimana dahulu.


Dan yang paling penting, aku tidak benci kau.
Semoga kau pun baik-baik sahaja.


Aku akan ingat kau sebagai satu perasaan yang paling jujur pernah aku rasa.
Aku mohon walaupun mungkin sedikit, kau carilah apa-apa yang baik tentang aku jika kau sesekali teringat.


Sebagaimana sesorang yang jahat bagaimanapun pasti ada secebis kebaikan dalam dirinya, begitu juga apa yang pernah terjadi selama hampir lima tahun ini.


Ambil jalan kau, dan aku ambil jalan aku.
Tidak mengapa. Aku sudah lama bersedia untuk hari ini.


Jika suatu hari nanti ada pertemuan, aku janji, itu pertemuan antara dua orang yang tak pernah mengenali.


Tak pernah ada kebencian.
Hanya imbasan terhadap perkara silam yang pernah memberi satu pengajaran.


MRSM Pasir Salak / Malaysia - India / 2010 - 2015
The Fruitcake Special





The End.

No comments: